Selasa, Disember 02, 2008

Tasik Pergau, Gunung Basor, Jeli


click to view video perjalanan ke Taman Santuari, Tasik Pergau








































Hari tu..time bt LI kt Jabatan Perhutanan Kelantan..kitorg 4 org ( kak ita, kinah, nurul & me ) disuruh bt mini reseacrh paper untuk diorng...so, sbb aku ni major in Nature Park and Recreation..so.. pihak Jabatan pun suruh le aku bt reseacrh paper pasal potensi Hutan Simpan Gunung Basor sebagai 1 litar ekopelancongan baru kt Kelantan..huhu..nasib bek coz aku py 1st degree tesis py tajuk pun lebih kurang gak..cuma tmpat je yg lain..so.. dengan bantuan pegawai-pegawai kt jabatan tu ktorng pun p le...pada aku le..tmpat tu mmg cantik..sumber alam semulajadi tmpat ni still lg terjaga..mybe kne ada penmbah-baikan fasiliti ckit untuk tarik pengujung lbih ramai datang sini...tapi perlu la sentiasa dipantau..yela kita kan nak bt ekopelancongan...so, ekologi kawasan tersebut harus lah diutamankn..jangan sampai suatu hari nnt anak cucu kita salahkn kita coz..nak tgk ayam yg idup pun kne p zoo huhu...yg diorng tau mkn ayam kfc jek..emm..let us think about it k..

ok..ni sedikit maklumat yg blh disharekan..

HUTAN SIMPAN GUNUNG BASOR
Hutan Simpan Gunung Basor yang terletak di Kelantan berkeluasan 40,613 hektar. HSGB terletak dalam kawasan hutan yang sangat kompleks kerana bersempadan dengan Taman Negeri Gunung Stong Kelantan, Hutan Simpan Belum Perak dan Hala Bala Park Thailand. Sebagai hutan simpan kekal Gunung Basor, sememangnya ia masih lagi terjaga keindahan semulajadinya.

Gunung Basor mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.Keadaan persekitaran Gunung Basor pada awalnya menyusuri sungai hingga ke Kem Maideen. Dari Intake melalui Dam yang menyalurkan air ke Tasik Banding. Kedudukan kem ini terletak diantara dua sungai yang indah serta dipenuhi ikan. Sungai yang disertakan air terjun yang rendah,menyebabkan persekitarannya cantik dan mengindahkan lagi keadaannya. Hutan ini diuruskan oleh Pejabat Hutan Jajahan Kelantan Barat dan ianya dikelaskan sebagai Hutan Simpan Kekal.


EMPANGAN PERGAU
Empangan hidroelektrik Pergau dibina di kawasan seluas 400 hektar dan mempunyai tanah tambun setinggi 74 meter dengan pembinaan terowong sejauh 24 kilometer. Empangan Pergau mula dibina pada tahun 1994 dan disiapkan pada tahun 2000. Empangan ini memulakan operasi pada tahun 2003 dan dirasmikan pada 2003. Selain itu, empangan ini mempunyai stesen janakuasa ataupun stesen kuasa yang tersendiri. Stesen kuasa ini adalah stesen hidroelektrik, yang mempunyai 4 buah turbin dengan keupayaan 150 MW sebuah yang mana kesemuanya berjumlah 600 MW. Dengan keupayaannya menjana kuasa sehingga 600 MW, secara tidak langsung ianya merupakan empangan hidro terbesar di Malaysia. Stesen ini dikendalikan oleh Tenaga Nasional Berhad. Ianya dikawal melalui sistem kawalan jarak jauh di Stesen Janakuasa Elektrik Bersia, Perak mampu menakung sebanyak 62.5 juta meter padu air.


TAMAN SANTUARI
Taman Santuari Tasik Pergau, berkeluasan 54km persegi, semestinya menjanjikan pengalaman percutian yang tidak mungkin dilupakan, projek ini dikelolakan oleh Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR). Terdapat beberapa pakej percutian dan perkhemahan yang ditawarkan oleh pihak pengurusan. Tasik sedalam 50 hingga 60 kaki ini semestinya menjadi syurga bagi kaki pancing. Untuk menginap pihak KESEDAR yang diberi hak membangunkan tasik itu menyediakan calet di sebuah pulau di tasik tersebut. Dengan hanya RM70 termasuk kos tambang bot, anda sudah mampu bermalam di tasik tersebut dan resort berkenaan turut menyediakan tempat mengadakan kursus atau seminar yang boleh memuatkan kira-kira 100 orang pada satu masa. Selain enam buah calet rakit yang dinamakan mengikut nama spesis ikan, resort berkenaan juga menyediakan bilik mandi, dewan makan, asrama, khemah dan surau.









2 ulasan:

  1. hi,

    i was looking for some info on Pergau dam and bummed onto your blog. Any chance you have a contact number for the resort? I would appreciate any info.

    Thanks!

    Jeremy
    jcmountain@rocketmail.com

    BalasPadam
  2. terima kasih bagi info tasik pergau jeli. untuk info lanjut sila pi www.jeliloni.com

    BalasPadam