Sabtu, Disember 13, 2008

Makaroni Bakar

Aku tak le suke sgt mkn makaroni bakar coz prefer makaroni goreng then makaroni bakar..tapi adik2 aku ske sgt mkn makaroni bakar.. below de resipinye..my own resipi ni..try le hehe..





Bahan- Bahan:-

Bahan A
1 paket makaroni - direbus selama 5-10 minit dicmpukan sdikit minyak dan garam kemudian ditoskan.

Bahan B
500 gm Daging diblender
4 ulas bawang putih - dikisar halus
1 sudu teh jintan putih - dikisar halus
1 sudu teh jintan manis - dikisar halus
2 kiub sup perencah ayam
sedikit lada hitam
( Daging yang telah diblender dicampurkan dengan jintan putih, jintan manis, bawang putih dan lada hitam.)

Bahan C
3 biji bawang besar - dipotong dadu
sos tomato
sos cili
sedikit gula
sedikit garam
sedikit minyak untuk menumis
daun bawang dan daun sup
bawang goreng
3 biji telur
sedikit air

Bahan D
3 biji telur
sos cili
sos tomato
daun bawang dan daun sup
bawang goreng


Cara-caranya:
1. Panaskan minyak, kemudian tumiskan bawang besar.
2. Masukkan bahan B, kacau sampai sebati, kemudian masukan sedikit air dan biarkan ia mendidih( kacau sekali-sekala).
3. Apabila hampir kering masukan sos cili, sos tomato, gula,garam dan bawang goreng. Kacau dan biarkan sebati.
4. Perlahankan api, masukan makaroni, daun bawang dan daun sup kacau hingga kering.
5. Padamkan api kemudian masukan 3 biji telur. kacau makaroni bersama telur sehingga rata( Jangan biarkan telur masak di dalam kuali, ia mesti kelihatan basah atau berair.)
6. Bahagikan kepada 3 bahagian, masukan bahagian pertama kedalam acuan pembakar, kemudian curahan sebiji telur yang telah dipukul, sapukan sos tomato dan sos cili.
7. Kemudian masukan bahagian ke 2 keatas bahagian pertama tadi dan diulangi kaedah 6 sehingga habis.
8. Masukan acauan untuk dibakar selama 45 minit pada suhu 140 darjah celcius.
9. Apabila masak sapukan sos diatasnya dan taburkan daun bawang dan sup serta bawang goreng.
10. Potong kecik2..n sedia untuk dimkan..yummy....






4 ulasan:

  1. eh,cam knal je mkaroni ni??????????????????????????????

    BalasPadam
  2. org yg makan sure le knal kn...

    BalasPadam
  3. ermm nampak mcm sedap tu..bleh cuba nnt

    BalasPadam
  4. tp bkn ker kena taruh susu cair sama b4 nk bakar tu

    BalasPadam