Memaparkan catatan dengan label Daging. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Daging. Papar semua catatan
Selasa, Oktober 28, 2014
Nasi Arab dengan Kuzi Kambing Paling Mudah Khas Untuk Bff
Assalamualaikum...tengok tajuk tu..khas untuk bff( nah,gee,ama,bikah,yana)..aku(sebenarnya aku malu nak bahasakan aku 'ati' mmg kena bom le dgn sep2 mu..haha.. gigih jugak tulis untuk sep2 mu ni..( tiba2 kuar kecek klate..) sbb aku tulis dekat korng so, aku guna 'aku" je le..takut korang termuntah hijau plak baca entry aku ni nanti haha....dah2..tak payah cakap banyak2..nanti kena kutuk je..baca je resepi kat bawah ni haha..
Bahan-bahan untuk Kuzi versi Kurma( rasa macam kuzi tapi guna rempah kurma)..faham x??? haha..aku saja bagi korang pening2 sikit..tapi dijamin sedap..haha..riak..
1 kilo daging kambing dengan tulang - potong ..tp jangan kecil sangat
5 ulas bawang merah - dimayang halus
3 ulas bawang putih - dimayang halus
1 inci halia- kisar
3 sudu makan rempah kurma dan 2 sudu makan rempah kari daging - ukuran membukit (faham x???) -bancuh dengan air
1/2 cawan minyak untuk menumis (ye..1/2 cawan..xpayah nak terkejut sgt)
3/4 cawan sos tomato
1 cawan susu cair
kulit kayu manis, bunga cengkih , buah pelaga, bunga lawang - untuk tumis
3 biji kentang - kupas dan potong
garam / gula secukup rasa
Cara-cara:
1. Panaskan minyak ,masukkan kulit kayu manis, bunga cengkeh, buah pelaga,bunga lawang tu,pastu tumis bawang merah,bawang putih, halia.
2. Dah agak garing( jangan sampai rentung)masukkan bancuhan rempah tu, masak sampai rempah agak garing (mati awah ore kalte oyak).
3. Lepas tu masukkan le daging, letak air sedikit , masak sampai daging tu agak empuk, masukkan kentang.
4.Masukkan sos tomato, susu cair.
5. Kecilkan api, biar kuah agak pekat dan pecah minyak.pastu letak la garam dan gula secukup rasa.
6. Dah masak. ketepikan.
Bahan untuk Nasi
4 pot beras basmathi panjang - cuci dan toskan air
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
kulit kayu manis,bunga cengkih, bunga lawang,buah pelaga
2 sudu minyak sapi
2 sudu butter
sedikit zafron - kalau tak ada guna je pewarna kuning or orange.
1 cawan kuah kuzi kat atas tadi - kuah sahaja, sebab tu korang kena buat kuah banyak ckit
sedikit garam
1 tin susu cair
Cara-cara nak buat nasi
1. Ambik rice cooker pot je, jangan korang ambik dengan yang kat luar tu skali haha.. letak atas dapur pastu panaskan minyak sapi dan butter.
2. Bila dah panas, masukkan kulit kayu manis and the geng ( malas aku nak tulis), bawang merah n putih.
3. Bila dah agak garing, masukkan kuah kuzi tu tadi, lepas tu masukkan beras, masukkan susu cair, tambah air sampai takat korang nak masak nasi untuk 4 pot tu le..sebab tu ak suruh guna rice cooker pot kan senang nak agak air dia byk mana.
4. then, alihkan le pot tu ke sarung dia, then masak nasi macam biase- jangan lupa tekan rice cooker tu..kang tak masak nasi tu bukan salah aku..sebab aku dah bgtau kat sini.
5. Bila dah agak2 nak masak nasi tu, korang ambik copstik buat 3 ke 4 lubang kecil kat nasi tu, masukkan zafran / titiskan pewarna kuning tadi, lepas tu korang kacau nasi tu guna copstik tu, jangan guna senduk nasi kalau tak patah nasi tu nanti.
6. Bila dah masak boleh le makan dengan lauk kuzi kambing tadi, dengan acar timun yourgt dan sambal tomato...nanti aku bagi next time resepi sambal tomato..nak tidur dah ni...
- ni kalau makan dalam talam ramai2 lagi best..
p/s : dah tahu resepi ni..next time aku balik tm australia korang buat dan jangan lupa panggil aku plak haha...esplly mummy dinah yang kiut miut tu..uwwekkk( sorry ak termuntah..haha)
Ahad, Oktober 19, 2014
Resepi Kibbeh Senang
Assalamualaikum sume...
hari ini ati nak share resepi ..kalau korang tgk gambar tu mesti ingat ati buat kuih cek mek molek kan kan...tp no..no..no..jangan tertipu..ini bukan cek mek ini..kibbeh.ati tgk dekat rancangan apa entah dulu lupa dah..tapi ni macam makanan tradisi orang lubnan..tapi ati dah edit ikut resepi sendiri..haha.en.hubby cakap boleh tahan juga..boleh buat jual..mm..sume nak jual..haha..
Bahan-bahan kulit:
1/2 pek daging kisar..daging kisar ye..bukan cincang..( resepi asal guna daging kambing)
1cawan serbuk roti
1 labu bawang besar - cincang halus
garam - secukup rasa
lada hitam -secukup rasa
1 sudu teh rempah kari
Bahan-bahan inti: ( ni ikut resepi sendri haha) -apa2 sayur yang sesuai
1/2 cawan cheese parut
1/2 labu bawang besar - cincang halus
2 ulas bawang putih cincang halus
1/2 cawan kubis cincang
1/2 cawan carrot cincang
2 sudu besar plain yougurt
Cara-cara:
1. Gaulkan semua bahan-bahan inti. ketepikan.
2. Gaulkan semua bahan-bahan untuk kulit kibbeh, sampai tak melekat di tangan.
3. bentukkan kibbeh macam buat kuih cek meh, guna ibu jari macam ni ha..
4. korang pusing keliling ibu jari tu le..sampai dapat macam ni..
5.sampai jadi lubang macam ni le..
6. Lepas tu bolehkan isi dengan inti tadi ye..
7. Lepas tu, tutup macam buat kuih cek mek tu..buat la sampai habis..
8. Ati letak dalam peti sejuk sekejab bagi dia keras ckit baru goreng..pastikan goreng tenggelam ye..selamat mencuba
* inti boleh ganti dengan apa-apa sayur je ikut sedap korang le..
Ahad, Oktober 12, 2014
Daging Goreng Lada Hitam / Black Papper Beef
assalamualaikum..malas nak menaip panjang2 ni..moh le nengok bahan2nye.
Bahan-bahan:
1 kilo daging potong nipis-nipis
1 sudu makan tepung beras
1 sudu makan kicap pekat manis
1 sudu makan kicap cair
1 sudu makan sos lada hitam
1 sudu makan lada hitam - ditumbuk halus
1 sudu makan sos tomato
2 ulas bawang merah- mayang halus
2 ulas bawang putih- mayang halus
1 labu bawang besar - potong bulat2
daun bawang
kacang panjang- potong 2 inci
minyak yang cukup untuk mengoreng
Cara-cara
1. Gaulkan daging dengan tepung beras, lepas tu goreng dalam kuali, goreng tengelam ye.dah siap toskan dan ketepikan.
2. Dalam kuali yang sama, buang minyak biar tinggal sedikit je untuk menumis.
3. Tumiskan bawang merah dan putih, pastu masukan kicap pekat manis, kicap cair, sos tomato, sos lada hitam dan serbuk lada hitam.
4. Dah mendidih masukkan bawang besar, kacang panjang, daun bawang dan daging yang digoreng tadi dan kacau sebati. siap!! Selamat mencuba.bye.
Ahad, Jun 15, 2014
Bergedil Daging
assalamualaikum....smlm en. husband dh bising..sebab kentang kt dapur dh bertunas suma haha...ati ckp le..mmg saja tu nk buat perhiasan huhu ( ati mmg suka beli stok byk2 senang kn) tp tu la masalah nya..bila dh tercerut kt ctu lama sgt..haha..so konon2 rajin la hri ni...nk membuat bergedil..anak2 pun suka..encik somi pun suka..i lagi la suka..ok..hri ni kite buat bergedil..nnt kite buat pie daging n kentang plak..wah rajin konon..huhu..hari tu ade sembang dgn kawan ..kwn ati dia rebus terus daging n kentang..mcm2 cara boleh buat..asal sodappp..ni cara ati..
Bahan- bahan
4-5 biji kentang
1 labu bawang besar (dicincang)
½ paket daging cincang
2 biji telur
Segenggam kecil daun sup/ daun bawang
Mixced vegetable ( kalau suka letak le....)
1 sudu kecil lada sulah/ hitam
1 sudu kecil rempah kari
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk mengoreng
![]() |
| rajin plak hari ni ada pic step by step gitu.. |
Cara-cara
1. Kupas
kentang, potong dadu besar lepas tu rebus. Lepas empuk ( mcm mana nk tahu cucuk le kentang tu dgn tangan kome..haha..kalau berani..ati guna garpu..syg lgi kt tangan ni..hihi) toskan, dah sejuk baru
lenyek-lenyek kentang tu.
2.
Sementara
tu, tumis bawang dalam kuali, letak minyak ckit je ye, then masukkan daging
cincang, rempah kari, goreng sampai masak dah masak toskan minyak lebihan.
3.
Then,
masukkan daging yang dah ditoskkan tadi kedalam bekas kentang lenyak tadi,
masukkan 1 biji telur, daun sup/ daun bawang,lada sulah, garam dan gula secukup
rasa. Gaul sebati.
4.
Lepas tu boleh le bentukkan
bulat-buat then leperkan...sebab tu kena make sure sejuk dulu kalau panas uolls dh bentukkan..mau menangis tangan..haha. Bentukkan sampai habis ye.
5.
Kadang2 ati letak dalam peti sejuk dulu bagi keras ckit baru goreng.
6.
Kalau
nak goreng pastikan minyak agak2 tengelam separuh dah ok.
7.
Celupkan
bergedil dalam telur dahulu sebelum
goreng, goreng kedua-dua belah, dah agak warna keemasaan tu angkat.
8.
Masa
nak goreng tu pastikan api jangan terlalu kecil,takut bergedil serap minyak
nanti. tp jangan besar sgt kang hangus plak. then boleh le makan as lauk or makan mcm tu je sebagai cucur petang..
Langgan:
Catatan (Atom)







