Al-Quran adalah mukjizat dari Allah swt kepada Nabi Muhammad saw untuk seluruh umat muslim di seluruh dunia dari awal diturunkan hingga waktu penghabisan. Di dalamnya terkandung panduan kepada kita sama ada dari segi aqidah,ibadah, akhlak, hukum, peringatan, sejarah serta dorongan untuk kita berfikir akan Keesaan Maha Penciptanya. Selain membacanya, memahami tafsiran al-Quran dengan penghayatan yang lebih mendalam tentang maksud dan isi kandungannya hukumnya adalah wajib berdasarkan ayat berikut:
” Maka tidakkah mereka menghayati al-Quran, ataukah hati meraka telah terkunci?” (47:24)
Berfikir, merenung dan menghayati maksud isi kandungan al-Quran akan memudahkan kita untuk mengenal dan menyakini tentang kekuasaan dan kehebatan Allah swt. Ia juga akan membimbing setiap insan yang cintakan ilmu dan petunjuk kepada kehidupan akhirat yang lebih baik jika dibandingkan dengan kehidupan dunia yang tiada apa-apa nilai di sisi Allah swt.
Sebagai seorang yang meminati sains, apa yang lebih mengagumkan aku, adalah apa yang diungkapkan sebahagian dari ajaran al-Quran berkaitan kehidupan manusia di alam fana ini, termasuk perkembangan ilmu pengetahuan. Sesungguhnya sains bukan suatu yang asing dalam Islam kerana kajian saintifik terhadap al-Quran mendapati kitab wahyu ini mengandungi pelbagai ilmu sains yang disampaikan secara tersurat atau memerlukan kajian mendalam. Memang terbukti, bahawa banyak ayat-ayat al-Quran yang berbicara tentang hakikat-hakikat ilmiah yang tidak diketahuil pada masa turunnya, namun kebenarannya telah terbukti di tengah-tengah perkembangan ilmu sains. Ketika mendengar satu diskusi yang bertajuk ” Sains dan Islam ” tempoh hari, banyak penemuan sains yang menakjubkanku antaranya;
Teori tentang expanding universe (kosmos yang mengembang) ;
” Dan langit Kami bangun dengan kekuasaan (Kami), dan Kami benar-benar meluaskannya.” ( 51:47)

Tentang matahari adalah planet yang bercahaya sedangkan bulan adalah pantulan dari cahaya matahari;
” Dialah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya, dan Dialah yang menetapkan tempat-tempat orbitnya, agar kamu mengetahui bilangan tahun, dan perhintungan (waktu). Allah tidak menciptakan sedemikian itu melainkan dengan benar. Dia menjelaskan tanda-tanda ( kebesaraNya ) kepada orang-orang yang mengetahuai.” (10:5)
Begitu juga dengan pergerakan bumi mengelilingi matahari, gerakan lapisan-lapisan yang berasal dari perut bumi, serta bergeraknya gunung sama dengan pergerakan awan.
” Dan engkau akan melihat gunung-gunung yang engkau kira tetap di tempatnya, padahal ia berjalan (seperti) awan berjalan. (Itulah) ciptaan Allah yang mencipta dengan sempurna segala sesuatu. Sungguh, Dia Maha Teliti apa yang kamu kerjakan.” (27:88)
Di dalamnya juga ada diceritakan tentang zat hijau daun (klorofil) yang berperanan dalam mengubah tenaga dari matahari menjadi tenaga kimia melalui proses fotosintesis sehingga menghasilkan tenaga. Apa yang lebih mengagumkan aku istilah al-Quran iaitu asy-syajar al-akhdhar (pohon yang hijau) ternyata lebih tepat berbanding istilah bahasa Greek lama iaitu klorofil (hijau daun) yang digunakan sekarang, ini kerana mengikut kajian zat-zat tersebut tidak hanya terdapat dalam daun saja tapi di seluruh bahagian pohon, dahan dan ranting yang berwarna hijau...Subhanallah..
Maksudnya:
” Yaitu (Allah) yang menjadikan api untukmu dari pohon kayu yang hijau, maka seketika itu kamu nyalakan (api) dari kayu itu.” (36:80)
Tentang manusia diciptakan dari sebagian kecil sperma lelaki dan yang telah disenyawakan dengan ovum wanita di dalam rahim, penempelan embrio dan akhirnya perkembangan zigot kepada fetus. Sebagaimana firman Allah swt bermaksud:
”Dia tercipta dari air(mani) yang terpancar.yang keluar dari antara tulang punggung (sulbi) dan tulang dada.” (86: 6 -7)
” Dia mencipta manusia dari segumpal darah.” (96:2)
Namun apa yang menyedihkanku, mengapakah nama-nama ahli sains barat seperti Darwin, Galileo, Newton, Faraday, Einstein dan terakhir ini Hawking sering disebut apabila membicarakan tentang kejadian alam. Nama-nama inilah yang diagung-agungkan, malahan nama-nama inilah yang terdapat didalam buku-buku teks sains kita, akhirnya nama-nama inilah yang melekat didalam minda anak-anak kita. Di mana nama-nama ahli sains Islam kita??antaranya Ibnu Sina, al-Razi, al-Zahrawi, al-Khazwini dan ramai lagi ahli sains Islam yang tersohor.
Ironinya, apa yang aku amati secara amnya hampir kesemua hasil kajian saintis-saintis barat ini adalah berdasarkan kepada usaha untuk menerangkan asal-usul kejadian alam, sama ada penerangan dari segi teori genetik, teori alam semesta, teori gerakan jasad dan sebagainya. Maka terkeluarlah teori barat seperti “ Teori Evolusi Charles Darwin” iaitu teori yang menyatakan bahawa manusia berasal daripada binatang ,khususnya dari evolusi binatang yang menyerupai mawas. Ternyata teori ini adalah bertentangan dengan al-Quran.
Sedangkan peringkat awal sebelum penciptaan manusia bermula, Allah swt telah berfirman kepada malaikat bahawa akan menjadikan seorang khalifah di bumi ini. Sebagaimana firmanNya yang bermaksud:
“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: “Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi....” ( 2:30)
Malahan, proses kejadian manusia telah dipaparkan dengan jelas di dalam al-Quran sebagai ciptaan yang dihubungkan dengan tanah. Sebagaimana firman Allah swt bermaksud:
“Dan Allah menumbuhkan kamu dari tanah dengan sabaik-baiknya. Kemudian Dia mengembalikan kamu ke dalam tanah dan mengeluarkan kamu(daripadanya pada hari kiamat) dengan sebenar-benarnya.” (71:17-18)
“Darinya(tanah) itulah Kami menciptakan kamu dan kepadanyalah Kami akan mengembalikan kamu dan dari sanalah Kami akan mengeluarkan kamu pada waktu yang lain” (20:55)
Lebih daripada itu, al-Quran bukan sahaja mendidik kita untuk lebih memerhatikan segala fenomena yang membentuk alam semesta ini, malah Ia mengajak kita berinteraksi sewajarnya dengan alam ini. Dengan demikian, persoalan adab, akhlak, tanggungjawab dan hal-hal yang berkaitan dengan keimanan merupakan asas utama ajaran al-Quran, di samping ilmu sains dan teknologi itu sendiri. Malahan firman Allah swt, maksudnya:
” Kitab ( al-Quran ) ini tidak ada keraguaan padanya;petunjuk bagi mereka yang bertakwa” (2:2)
waAllahu’alam..