Memaparkan catatan dengan label Destinasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Destinasi. Papar semua catatan

Jumaat, Disember 19, 2008

Hutan Lipur Jeram Linang


Awal-awal pagi lagi adik bongsu ku dah bising2 kata nak p berenang..entah dpt mimpi pe la malam td..tp ok jga..aku pun dah lama tak pi picnic ni..so kitong pun bercadang la p bkfst kat Jeram Linang..so, tapau le bkfst..yela, awal2 mcm ni mane la ade gerai mkn buka lg kt sana..seawal jam 8.00 pg ktong dah sampai kt sana..p.cik gate pun terkejut haha org 1st!!!..tmpat tu tgh di renovate rupenye..tp still ok lg la..dlu sllu abah aku bw ktong dtng sini..aku pn ske dtng sni..wlpn bkn untk brenang tp aku dtng nk tgk pokok2 kt cni..( nature lover la katekan huhu..)after bkfst and lepas gian adik aku berenang ( aku jd pemerhati je..coz tak reti berenang, plus sjuk sgt le air dia hehe) dalam jam 10pg kitrg pun balik le..kt below ni de ckit pic yg smpt aku ambik kt sana and ckit info pasal Jeram Linang ni.


cristal water..


tingginya...nice tree




from da top






.. nature..i like it..





.. BIG ant..





nature art




adik tunjuk terre haha...




adik n abg jim..




jernih tak???




eleh..suke la adik tu dpt pi..


Hutan Lipur Jeram Linang
Hutan Lipur Jeram Linang ni terdiri jenis Hutan Dipterokarp Bukit dan Pamah..terdapat pelbagai flora dan fauna yg masih terpelihara disini..di bawah kelolaan Jabatan Perhutanan Kelantan under Jajahan Kelantan Timur.
Lokasi n Kesampaian
Terletak 22 km dari Bandar Machang melalui Jalanraya Machang ke Kota Bahru, 65 km dari Kota Bharu
N05° 44.52' E102° 22.54'
Aktiviti
- mandi manda
- berkelah
- berkhemah
- jungle trekking
-bersiar-siar( kenal pokok2 haha..)
Fasiliti
- Pondok rehat
- surau
- tandas
-tapak perkhemahan
- gerai

Khamis, Disember 11, 2008

Monteki Highland, Kundasang, Sabah

Guess.. Tangan yg besar or Kobis yg kecil???haha..




Memandangan cantik Gunung Kinabalu



Bunga Dendelion..aku tidak mahu jd sprti dendelion...




salah satu tanaman di ladang ni





redah sungai..



sejuk airnye..







tanaman kobis..sehijau mata memandang..







tarikan..





Rubus idaeus Red rasberry yg byk tmbuh meliar di sini









sumber air untuk tnaman di sini

Cantik kan view pic2 kat ats..msti ramai yang pernah dengar nama Kundansang..one of the famous tourism destinations in Sabah..bcoz kat kundasang la terletaknya gunung yang tertinggi di asia tengara iaitu Gunung Kinabalu...aku bkn nk ckp pasal kundasang..tp nk ckp pasal 1 dataran tinggi kt sana yang aku rasa berpotensi untuk dijadikan destinasi pelancongan baru..kira mcm melengkapkan litar pelancongan kt kundasang la ni..


Tempat yg aku maksudkan adalah Dataran Tinggi Monteki..pic2 kat atas tu aku ambil kt sana la tu....sbnarnye ni la lokasi kajian aku untuk final year tesis untuk degree aku hehe..kira mcm nk promosi le ni..aku bt kajian pasal potensi pelancongan di kawasan ni le...dataran tinggi monteki ni kira-kira 15 minit perjalanan dengan kenderaan dari pekan kundasang...sbnrnye..tmpat ni adalah sebuah ladang kobis, tanaman utamanya la...tmpat ni mmg cantik...terutamanyanye dia py view..if korang pi waktu pagi..mmg jelas le dpt tgk gunung kinabalu..masyaAllah..cantik..mmg tek blh nk digambarkan dgn kata keindahan ciptaan Ilahi ni..


kat bawah ni de aku ltak ckit info ringkas hasil kajian aku..if nak tesis penuh..blh minta dgn aku hehe..


Nama dan status tapak kajian
-Blok E dan F, Dataran Tinggi Monteki.
-Hak milik persendirian Keluarga Malandi.
-Di buka pada tahun 1985.

Kedudukan dari segi geografi
-Kawasan kajian terletak pada garis lintang 06° 01.374’ U dan 116° 36.789’ T.
-1649 m dari paras laut.
-7 km dari Pekan Kundasang.

Keluasan kawasan
-40 Hektar

Kemudahan laluan keluar masuk
-Jalan berturap dan bergravel.
-Boleh mendapatkan khidmat teksi sapu dari Pekan Kudasang.

Pergerakan dalaman
-Terdapat jalan tanah merah, laluan pejalan kaki dan denai.
-Boleh di lalui oleh kenderaan pacuan 4 roda, lori kecil, dan pejalanan kaki.

Huraian ringkas secara
-Topografi - berbukit dan tidak rata, keadaan bercerun dengan purata kecerunan 5% ke 70%.
-Hidrologi – terdapat sebatang sungai, yang menjadi sumber air bagi kawasan tersebut.
-Flora - ditumbuhi tumbuhan yang tumbuh di altitud rendah


Corak iklim
- Suhu Paling tinggi 25.7°C, manakala terendah 22.6°C. Namun suhu pada waktu malam pernah mencapai 10°C.
-Segar, nyaman dan lembap.


Kekuatan
-Pemandangan yang cantik berlatar belakangkan Gunung Kinabalu.
-Suhu yang nyaman dan segar.
-Tumbuhan yang tumbuh di kawsan suhu rendah.
-Sungai yang jernih.

Kelemahan
-Kemudahan fasiliti masih terhad.
-Jalan masuk ke kawasan kajian agak sukar


Selasa, Disember 02, 2008

Tasik Pergau, Gunung Basor, Jeli


click to view video perjalanan ke Taman Santuari, Tasik Pergau








































Hari tu..time bt LI kt Jabatan Perhutanan Kelantan..kitorg 4 org ( kak ita, kinah, nurul & me ) disuruh bt mini reseacrh paper untuk diorng...so, sbb aku ni major in Nature Park and Recreation..so.. pihak Jabatan pun suruh le aku bt reseacrh paper pasal potensi Hutan Simpan Gunung Basor sebagai 1 litar ekopelancongan baru kt Kelantan..huhu..nasib bek coz aku py 1st degree tesis py tajuk pun lebih kurang gak..cuma tmpat je yg lain..so.. dengan bantuan pegawai-pegawai kt jabatan tu ktorng pun p le...pada aku le..tmpat tu mmg cantik..sumber alam semulajadi tmpat ni still lg terjaga..mybe kne ada penmbah-baikan fasiliti ckit untuk tarik pengujung lbih ramai datang sini...tapi perlu la sentiasa dipantau..yela kita kan nak bt ekopelancongan...so, ekologi kawasan tersebut harus lah diutamankn..jangan sampai suatu hari nnt anak cucu kita salahkn kita coz..nak tgk ayam yg idup pun kne p zoo huhu...yg diorng tau mkn ayam kfc jek..emm..let us think about it k..

ok..ni sedikit maklumat yg blh disharekan..

HUTAN SIMPAN GUNUNG BASOR
Hutan Simpan Gunung Basor yang terletak di Kelantan berkeluasan 40,613 hektar. HSGB terletak dalam kawasan hutan yang sangat kompleks kerana bersempadan dengan Taman Negeri Gunung Stong Kelantan, Hutan Simpan Belum Perak dan Hala Bala Park Thailand. Sebagai hutan simpan kekal Gunung Basor, sememangnya ia masih lagi terjaga keindahan semulajadinya.

Gunung Basor mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.Keadaan persekitaran Gunung Basor pada awalnya menyusuri sungai hingga ke Kem Maideen. Dari Intake melalui Dam yang menyalurkan air ke Tasik Banding. Kedudukan kem ini terletak diantara dua sungai yang indah serta dipenuhi ikan. Sungai yang disertakan air terjun yang rendah,menyebabkan persekitarannya cantik dan mengindahkan lagi keadaannya. Hutan ini diuruskan oleh Pejabat Hutan Jajahan Kelantan Barat dan ianya dikelaskan sebagai Hutan Simpan Kekal.


EMPANGAN PERGAU
Empangan hidroelektrik Pergau dibina di kawasan seluas 400 hektar dan mempunyai tanah tambun setinggi 74 meter dengan pembinaan terowong sejauh 24 kilometer. Empangan Pergau mula dibina pada tahun 1994 dan disiapkan pada tahun 2000. Empangan ini memulakan operasi pada tahun 2003 dan dirasmikan pada 2003. Selain itu, empangan ini mempunyai stesen janakuasa ataupun stesen kuasa yang tersendiri. Stesen kuasa ini adalah stesen hidroelektrik, yang mempunyai 4 buah turbin dengan keupayaan 150 MW sebuah yang mana kesemuanya berjumlah 600 MW. Dengan keupayaannya menjana kuasa sehingga 600 MW, secara tidak langsung ianya merupakan empangan hidro terbesar di Malaysia. Stesen ini dikendalikan oleh Tenaga Nasional Berhad. Ianya dikawal melalui sistem kawalan jarak jauh di Stesen Janakuasa Elektrik Bersia, Perak mampu menakung sebanyak 62.5 juta meter padu air.


TAMAN SANTUARI
Taman Santuari Tasik Pergau, berkeluasan 54km persegi, semestinya menjanjikan pengalaman percutian yang tidak mungkin dilupakan, projek ini dikelolakan oleh Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR). Terdapat beberapa pakej percutian dan perkhemahan yang ditawarkan oleh pihak pengurusan. Tasik sedalam 50 hingga 60 kaki ini semestinya menjadi syurga bagi kaki pancing. Untuk menginap pihak KESEDAR yang diberi hak membangunkan tasik itu menyediakan calet di sebuah pulau di tasik tersebut. Dengan hanya RM70 termasuk kos tambang bot, anda sudah mampu bermalam di tasik tersebut dan resort berkenaan turut menyediakan tempat mengadakan kursus atau seminar yang boleh memuatkan kira-kira 100 orang pada satu masa. Selain enam buah calet rakit yang dinamakan mengikut nama spesis ikan, resort berkenaan juga menyediakan bilik mandi, dewan makan, asrama, khemah dan surau.