Bahan-bahan:
100 gm isi ayam
100 gm isi ayam
50 gm daging
4 ekor sotong
6 ekor udang sederhana besar
5 ulas bawang merah-kisar halus
4 ulas bawang putih- kisar halus
3 helai daun limau purut
Satu sudu air perahan limau nipis
Sedikit bunga kobis
Sedikit Sawi
3 biji tomato - di belah 4
500 ml air masak
500 ml air masak
Dua batang serai - dititik
4 biji cili padi
1 pek pes tom yam
1 bungkus kuetiaw - siram dan toskan
sedikit gula
sedikit garam
minyak untuk menumis
Cara-caranya:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan merah hingga naik bau.
2. Masukkan hirisan daging dan ayam, apabila agak masak masukkan udang dan sotong.
3. Masukkan pes tom yam dan serai yang dititik, apabila agak masak masukan air.
4. Apabila mendidih masukan bunga kobis, sawi, tomato,sedikit garam,gula dan daun limau purut.
5. Akhir sekali masukkan kuetiaw.
6. Hidangkan semasa masih panas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan