Khamis, Disember 11, 2008

Monteki Highland, Kundasang, Sabah

Guess.. Tangan yg besar or Kobis yg kecil???haha..




Memandangan cantik Gunung Kinabalu



Bunga Dendelion..aku tidak mahu jd sprti dendelion...




salah satu tanaman di ladang ni





redah sungai..



sejuk airnye..







tanaman kobis..sehijau mata memandang..







tarikan..





Rubus idaeus Red rasberry yg byk tmbuh meliar di sini









sumber air untuk tnaman di sini

Cantik kan view pic2 kat ats..msti ramai yang pernah dengar nama Kundansang..one of the famous tourism destinations in Sabah..bcoz kat kundasang la terletaknya gunung yang tertinggi di asia tengara iaitu Gunung Kinabalu...aku bkn nk ckp pasal kundasang..tp nk ckp pasal 1 dataran tinggi kt sana yang aku rasa berpotensi untuk dijadikan destinasi pelancongan baru..kira mcm melengkapkan litar pelancongan kt kundasang la ni..


Tempat yg aku maksudkan adalah Dataran Tinggi Monteki..pic2 kat atas tu aku ambil kt sana la tu....sbnarnye ni la lokasi kajian aku untuk final year tesis untuk degree aku hehe..kira mcm nk promosi le ni..aku bt kajian pasal potensi pelancongan di kawasan ni le...dataran tinggi monteki ni kira-kira 15 minit perjalanan dengan kenderaan dari pekan kundasang...sbnrnye..tmpat ni adalah sebuah ladang kobis, tanaman utamanya la...tmpat ni mmg cantik...terutamanyanye dia py view..if korang pi waktu pagi..mmg jelas le dpt tgk gunung kinabalu..masyaAllah..cantik..mmg tek blh nk digambarkan dgn kata keindahan ciptaan Ilahi ni..


kat bawah ni de aku ltak ckit info ringkas hasil kajian aku..if nak tesis penuh..blh minta dgn aku hehe..


Nama dan status tapak kajian
-Blok E dan F, Dataran Tinggi Monteki.
-Hak milik persendirian Keluarga Malandi.
-Di buka pada tahun 1985.

Kedudukan dari segi geografi
-Kawasan kajian terletak pada garis lintang 06° 01.374’ U dan 116° 36.789’ T.
-1649 m dari paras laut.
-7 km dari Pekan Kundasang.

Keluasan kawasan
-40 Hektar

Kemudahan laluan keluar masuk
-Jalan berturap dan bergravel.
-Boleh mendapatkan khidmat teksi sapu dari Pekan Kudasang.

Pergerakan dalaman
-Terdapat jalan tanah merah, laluan pejalan kaki dan denai.
-Boleh di lalui oleh kenderaan pacuan 4 roda, lori kecil, dan pejalanan kaki.

Huraian ringkas secara
-Topografi - berbukit dan tidak rata, keadaan bercerun dengan purata kecerunan 5% ke 70%.
-Hidrologi – terdapat sebatang sungai, yang menjadi sumber air bagi kawasan tersebut.
-Flora - ditumbuhi tumbuhan yang tumbuh di altitud rendah


Corak iklim
- Suhu Paling tinggi 25.7°C, manakala terendah 22.6°C. Namun suhu pada waktu malam pernah mencapai 10°C.
-Segar, nyaman dan lembap.


Kekuatan
-Pemandangan yang cantik berlatar belakangkan Gunung Kinabalu.
-Suhu yang nyaman dan segar.
-Tumbuhan yang tumbuh di kawsan suhu rendah.
-Sungai yang jernih.

Kelemahan
-Kemudahan fasiliti masih terhad.
-Jalan masuk ke kawasan kajian agak sukar


Tiada ulasan:

Catat Ulasan