Ahad, Disember 01, 2013

Potty Training / Melatih Anak Ke Tandas



Assalamualaikum.....dh lama dah ati berkira-kira nat buat potty training kat Danish sejak dia masuk 2 tahun, tapi ati dan  hubby hold dulu sbb ati nak tunggu time cuti sekolah bulan 11, so cuti sekolah Danish dah umur 2 Tahun 6 Bulan..sebabnya ati risau nak ajar awal2 takut nanti susahkan bibik dia..takut duduk dengan orang ni risau juga..mana tau dia stress ke asyik kena lap kencing je..kang tiba2 dipukulnya anak kita macam mana..kalau kita cuti tu boleh la kita handle sendiri..alhamdulillah balik je kampung ( pantang cuti sure balik kampung haha)ati terus mula buat potty training kat Danish..dan sangat2 bersyukur sebab 4 hari je dia dh boleh ke tandas..tp now bila malam still pakaikan lagi le lampin tu..ok di sini ati nk share sikit tips untuk potty training..


1. Pandai Bagi Tahu Nak kencing / Berak
First, pastikan anak-anak kita dah boleh bagitahu bila dia nak kencing or berak, selalunya budak yang umur 2 tahun keatas dah pandai bagitahu. so, kalau anak anda masih belum pandai bagitahu, jangan paksa anak anda. nanti kita plak yang stress.ok.


2. Tetapkan Masa Tertentu
Kita mesti tetapkan masa tertentu dengan kata lain anda perlu pilih waktu yang sesuai untuk latih anak kita dan pastikan ianya berterusan, jangan hari ni buat potty training, esok stop, pastu lusa buat pula, nanti anak-anak kita akan jadi keliru. So, waktu yang sesuai adalah waktu cuti sekolah.

3. Bebas Dari Lampin
Jangan pakaikan anak lampin, biarkan dia biasa tanpa lampin, mungkin pada waktu ini anda agak stress sebab banyak seluar yang akan basah  terkena kencing hihi...kalau anak tidur tu, takut dia terkencing atas tilam,  pastikan kita pakaikan lampin setelah dia tidur dgn kata lainnya jangan smpai anak tahu yang dia pakai lampin takut dia keliru, then lepas dia bangun, buka semula lampin tu.

4. Selalu Bertanya Anak
Pastikan kita selalu tanya anak "Abang nak kencing tak? kalau nak kencing / berak terus ke toilet ok."  agak-agak setengah jam/ 1 jam sekali.

5. Sabar 
Sememangnya waktu ini kesabaran kita haruslah pada tahap yang sangat tinggi, sudah tentu seluar yang terkena kencing bertambah, kain untuk mengelap lantai pun bertambah, tapi ingat jangan sesekali marah anak-anak, kita pun tak tahu kita dulu macam mana kan haha..ati ingat lagi masa hari kedua dan ketiga, Danish memang dia dah pergi ke tandas tapi bila sampai kat depan pintu terus terkencing, sebab diorang masih tidak tahu untuk mengagak bila masa yang sesuai untuk pergi ke tandas, takut betul dia masa tu, takut kena marah tahu pun ummi ni garang haha..sian betul tengok muka dia.

6. Berterusan
Jangan sesekali anda mengalah, teruskan usaha biarlah hari ini kita terpaksa basuh 10 helai seluar pun. so, ingat latihan ini haruslah berterusan.

7. Beri Galakan / Pujian 
Sentiasa memberi galakan / pujian untuk anak-anak. 

selamat berjaya ye, tapi sebelum anda bermula, pastikan semua ahli keluarga memberi kerjasama.