Selasa, Oktober 28, 2014

Nasi Arab dengan Kuzi Kambing Paling Mudah Khas Untuk Bff


Assalamualaikum...tengok tajuk tu..khas untuk bff( nah,gee,ama,bikah,yana)..aku(sebenarnya aku malu nak bahasakan aku 'ati' mmg kena bom le dgn sep2 mu..haha.. gigih jugak  tulis untuk sep2 mu ni..( tiba2 kuar kecek klate..) sbb aku tulis dekat korng so, aku guna 'aku" je le..takut korang termuntah hijau plak baca entry aku ni nanti haha....dah2..tak payah cakap banyak2..nanti kena kutuk je..baca je resepi kat bawah ni haha..

Bahan-bahan untuk Kuzi versi Kurma( rasa macam kuzi tapi guna rempah kurma)..faham x??? haha..aku saja bagi korang pening2 sikit..tapi dijamin sedap..haha..riak..

1 kilo daging kambing dengan tulang   - potong ..tp jangan kecil sangat
5 ulas bawang merah - dimayang halus
3 ulas bawang putih - dimayang halus
1 inci halia- kisar 
3 sudu makan rempah kurma dan 2 sudu makan rempah kari daging - ukuran membukit (faham x???) -bancuh dengan air
1/2 cawan minyak untuk menumis (ye..1/2 cawan..xpayah nak terkejut sgt)
3/4 cawan sos tomato
1 cawan  susu cair
kulit kayu manis, bunga cengkih , buah pelaga, bunga lawang - untuk tumis
3 biji kentang - kupas dan potong
garam / gula secukup rasa

Cara-cara:
1. Panaskan minyak ,masukkan kulit kayu manis, bunga cengkeh, buah pelaga,bunga lawang tu,pastu tumis bawang merah,bawang putih, halia.
2. Dah agak garing( jangan sampai rentung)masukkan bancuhan rempah tu, masak sampai rempah agak garing (mati awah ore kalte oyak).
3. Lepas tu masukkan le daging, letak air sedikit , masak sampai daging tu agak empuk, masukkan kentang.
4.Masukkan sos tomato, susu cair.
5. Kecilkan api, biar kuah agak pekat dan pecah minyak.pastu letak la garam dan gula secukup rasa.
6. Dah masak. ketepikan.


Bahan untuk Nasi 

4 pot beras basmathi panjang - cuci dan toskan air
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
kulit kayu manis,bunga cengkih, bunga lawang,buah pelaga
2 sudu minyak sapi
2 sudu butter
sedikit zafron - kalau tak ada guna je pewarna kuning or orange.
1 cawan kuah kuzi kat atas tadi - kuah sahaja, sebab tu korang kena buat kuah banyak ckit 
sedikit garam
1 tin susu cair

Cara-cara nak buat nasi
1. Ambik rice cooker pot je, jangan korang ambik dengan yang kat luar tu skali haha.. letak atas dapur pastu panaskan minyak sapi dan butter. 
2. Bila dah panas, masukkan kulit kayu manis and the geng ( malas aku nak tulis), bawang merah n putih.
3. Bila dah agak garing, masukkan kuah kuzi tu tadi, lepas tu masukkan beras, masukkan susu cair, tambah air sampai takat korang nak masak nasi  untuk 4 pot tu le..sebab tu ak suruh guna rice cooker pot kan senang nak agak air dia byk mana.
4. then, alihkan le pot tu ke sarung dia, then masak nasi macam biase- jangan lupa tekan rice cooker tu..kang tak masak nasi tu bukan salah aku..sebab aku dah bgtau kat sini.
5. Bila dah agak2 nak masak nasi tu, korang ambik copstik buat 3 ke 4 lubang kecil kat nasi tu, masukkan zafran / titiskan pewarna kuning tadi, lepas tu korang kacau nasi tu guna copstik tu, jangan guna senduk nasi kalau tak patah nasi tu nanti.
6. Bila dah masak boleh le makan dengan lauk kuzi kambing tadi, dengan acar timun yourgt dan sambal tomato...nanti aku bagi next time resepi sambal tomato..nak tidur dah ni...
 - ni kalau makan dalam talam ramai2 lagi best..

p/s : dah tahu resepi ni..next time aku balik tm australia korang buat dan jangan lupa panggil aku plak haha...esplly mummy dinah yang kiut miut tu..uwwekkk( sorry ak termuntah..haha)






Ahad, Oktober 19, 2014

Resepi Kibbeh Senang


Assalamualaikum sume...
hari ini ati nak share resepi ..kalau korang tgk gambar tu mesti ingat ati buat kuih cek mek molek kan kan...tp no..no..no..jangan tertipu..ini bukan cek mek ini..kibbeh.ati tgk dekat rancangan apa entah dulu lupa dah..tapi ni macam makanan tradisi orang lubnan..tapi ati dah edit ikut resepi sendiri..haha.en.hubby cakap boleh tahan juga..boleh buat jual..mm..sume nak jual..haha..


Bahan-bahan kulit:
1/2 pek daging kisar..daging kisar ye..bukan cincang..( resepi asal guna daging kambing)
1cawan serbuk roti
1 labu bawang besar - cincang halus
garam - secukup rasa
lada hitam -secukup rasa
1 sudu teh rempah kari

Bahan-bahan inti: ( ni ikut resepi sendri haha) -apa2 sayur yang sesuai
1/2 cawan cheese parut
1/2 labu bawang besar - cincang halus
2 ulas bawang putih cincang halus
1/2 cawan  kubis cincang
1/2 cawan carrot cincang
2 sudu besar plain yougurt

Cara-cara:
1. Gaulkan semua bahan-bahan inti. ketepikan.
2. Gaulkan semua bahan-bahan untuk kulit kibbeh, sampai tak melekat di tangan.
3. bentukkan kibbeh macam buat kuih cek meh, guna ibu jari macam ni ha..
4. korang pusing keliling ibu jari tu le..sampai dapat macam ni..
5.sampai jadi lubang macam ni le..
6. Lepas tu bolehkan isi dengan inti tadi ye..
7. Lepas tu, tutup macam buat kuih cek mek tu..buat la sampai habis..
8. Ati letak dalam peti sejuk sekejab bagi dia keras ckit baru goreng..pastikan goreng tenggelam ye..selamat mencuba

* inti boleh ganti dengan apa-apa sayur je ikut sedap korang le..




Ahad, Oktober 12, 2014

Daging Goreng Lada Hitam / Black Papper Beef


assalamualaikum..malas  nak menaip panjang2 ni..moh le nengok bahan2nye.

Bahan-bahan:
1 kilo daging potong nipis-nipis
1 sudu makan tepung beras
1 sudu makan kicap pekat manis
1 sudu makan kicap cair
1 sudu makan sos lada hitam
1 sudu makan lada hitam - ditumbuk halus
1 sudu makan sos tomato
2 ulas bawang merah- mayang halus
2 ulas bawang putih- mayang halus
1 labu bawang besar - potong bulat2
daun bawang
kacang panjang- potong 2 inci
minyak yang cukup untuk mengoreng

Cara-cara
1. Gaulkan daging dengan tepung beras, lepas tu goreng dalam kuali, goreng tengelam ye.dah siap toskan dan ketepikan.
2. Dalam kuali yang sama, buang minyak biar tinggal sedikit je untuk menumis.
3. Tumiskan bawang merah  dan putih, pastu masukan kicap pekat manis, kicap cair, sos tomato, sos lada hitam dan serbuk lada hitam.
4. Dah mendidih masukkan bawang besar, kacang panjang, daun bawang dan daging yang digoreng tadi dan kacau sebati. siap!! Selamat mencuba.bye.


Sabtu, Oktober 11, 2014

Locking / Satay Ikan


Assalamualaikum..tetiba je nak makan lokching..tp dah banyak hari dah duk mengidam ni..mana nak cari lokching ni kt sarawak ni oiii...kt dapur sendiri le jawabnya...zaman sekolah2 dulu selalu ni pak cik basikal jual lokching ni kt luar pagar sekolah..sekarang ni kalau balik kelantan mmg still ada jual...tapi  dah mahalsekarang.. .tak tahu la asal dari mana..tp mama ati cakap memang orang2 thailand yang jual ni dulu..ati xtahu le kt mana lagi ada jual lokching ni..ati pernah tgk kat terengganu..hubby cakap kt perlis ada jual jgak..tapi ati tak pernah tengok plak time balik kampung...so untuk memenuhi permintaan perut ini haha..ati google le resepi ni..ntah le tak ingt dh dari blog mana..tp yg sos tu ati buat sendiri je..buat mcm sos untuk cucur bilis. jon tengok resepi dia..

Bahan untuk lokching:
500 g isi ikan selayang/ sardin / kembung
100g tepung kanji / ubi kayu
1 labu bawang besar 
1 sudu kecil sebuk penaik
garam secukup rasa
lidi satay

Cara-cara:
1.  Asingkan isi ikan dengan tulang. Lepas tu kisarkan isi ikan dengan bawang besar -guna pengisar kering ye.
2. Gaulkan bahan kisar tadi dengan tepung ubi, serbuk penaik dan garam. kalau lembik tambah le tepung ubi ye..agak2 boleh bentukkan bulat2 ok la  tu.
3. Bentukkan bulat-bukat kecil sebesar ibu jari.
4. Goreng sekejab, jangan sampai garing.
5. Cucuk pada lidi, lepas tu bakar le...ati guna pemanggang ajaib je..kalau dapat bakar kt bara pun ok lagi.pastu boleh la makan dengan sos.


Bahan Sos Manis:
1 sudu kecil cili kisar - optional
1 ulas bawang putih
air gula melaka
air asam jawa
sedikit tepung jagung - untuk pekatkan sos
sedikit pewarna merah

Cara-cara:
Kisarkan semua bahan-bahan. masak dalam periuk, pastikan sentiasa dikacau takut berketul-ketul. dah mendidih . siap tunggu sejuk bolehlah hidang dengan lokching.




Ahad, Oktober 05, 2014

Aidiladha Di Perantauan Lagi

Wah..sedih tak tajuk kat atas tu hihi..gediks je..
so tahun ni kami sambut hari raya aidiladha di sarawak lgi..last year ktorng sambut di hotel kuching haha..tp tahun ni en.somi ckp dia nk sambut di ladang dgn workers indon dia..sbb ladang ada buat korban lembu sekor..bagi le workers hepi skit kan..tak gitu..sbenarnye en.somi ati ada offer nk balik x raya kampung..tp ati xnak le..penat sgt sbb baru je 2 minggu lepas balik dri kampung cuti pertengahn semesta 2..so baju2 still dlm bag lgi..haha...lgi pun ada kawan2 dia nk beraya bersama kt cni..

so, ati pun dh pk menu2 yg nak masak hari raya nnt..so call mama untuk ty resepi nasi dagang..so ati buat nasi dagang, gulai ayam, gulai ikan tongkol, rendang ayam, ketupat nasi, dan ade lemang worker indon bgi ( kelas kau menu mcm le ramai yg nak datang..padahal tak de org pun..kami2 je.)..so..dari jauh nak ucapkan selamat hari raya aidiladha untuk semua yg mengenali dari kami sekeluarga...bye..
masak banyak-banyak untuk merawat kesedihan huhu..
Baju Raya Aidilfitri je...