Selasa, Oktober 28, 2014

Nasi Arab dengan Kuzi Kambing Paling Mudah Khas Untuk Bff


Assalamualaikum...tengok tajuk tu..khas untuk bff( nah,gee,ama,bikah,yana)..aku(sebenarnya aku malu nak bahasakan aku 'ati' mmg kena bom le dgn sep2 mu..haha.. gigih jugak  tulis untuk sep2 mu ni..( tiba2 kuar kecek klate..) sbb aku tulis dekat korng so, aku guna 'aku" je le..takut korang termuntah hijau plak baca entry aku ni nanti haha....dah2..tak payah cakap banyak2..nanti kena kutuk je..baca je resepi kat bawah ni haha..

Bahan-bahan untuk Kuzi versi Kurma( rasa macam kuzi tapi guna rempah kurma)..faham x??? haha..aku saja bagi korang pening2 sikit..tapi dijamin sedap..haha..riak..

1 kilo daging kambing dengan tulang   - potong ..tp jangan kecil sangat
5 ulas bawang merah - dimayang halus
3 ulas bawang putih - dimayang halus
1 inci halia- kisar 
3 sudu makan rempah kurma dan 2 sudu makan rempah kari daging - ukuran membukit (faham x???) -bancuh dengan air
1/2 cawan minyak untuk menumis (ye..1/2 cawan..xpayah nak terkejut sgt)
3/4 cawan sos tomato
1 cawan  susu cair
kulit kayu manis, bunga cengkih , buah pelaga, bunga lawang - untuk tumis
3 biji kentang - kupas dan potong
garam / gula secukup rasa

Cara-cara:
1. Panaskan minyak ,masukkan kulit kayu manis, bunga cengkeh, buah pelaga,bunga lawang tu,pastu tumis bawang merah,bawang putih, halia.
2. Dah agak garing( jangan sampai rentung)masukkan bancuhan rempah tu, masak sampai rempah agak garing (mati awah ore kalte oyak).
3. Lepas tu masukkan le daging, letak air sedikit , masak sampai daging tu agak empuk, masukkan kentang.
4.Masukkan sos tomato, susu cair.
5. Kecilkan api, biar kuah agak pekat dan pecah minyak.pastu letak la garam dan gula secukup rasa.
6. Dah masak. ketepikan.


Bahan untuk Nasi 

4 pot beras basmathi panjang - cuci dan toskan air
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
kulit kayu manis,bunga cengkih, bunga lawang,buah pelaga
2 sudu minyak sapi
2 sudu butter
sedikit zafron - kalau tak ada guna je pewarna kuning or orange.
1 cawan kuah kuzi kat atas tadi - kuah sahaja, sebab tu korang kena buat kuah banyak ckit 
sedikit garam
1 tin susu cair

Cara-cara nak buat nasi
1. Ambik rice cooker pot je, jangan korang ambik dengan yang kat luar tu skali haha.. letak atas dapur pastu panaskan minyak sapi dan butter. 
2. Bila dah panas, masukkan kulit kayu manis and the geng ( malas aku nak tulis), bawang merah n putih.
3. Bila dah agak garing, masukkan kuah kuzi tu tadi, lepas tu masukkan beras, masukkan susu cair, tambah air sampai takat korang nak masak nasi  untuk 4 pot tu le..sebab tu ak suruh guna rice cooker pot kan senang nak agak air dia byk mana.
4. then, alihkan le pot tu ke sarung dia, then masak nasi macam biase- jangan lupa tekan rice cooker tu..kang tak masak nasi tu bukan salah aku..sebab aku dah bgtau kat sini.
5. Bila dah agak2 nak masak nasi tu, korang ambik copstik buat 3 ke 4 lubang kecil kat nasi tu, masukkan zafran / titiskan pewarna kuning tadi, lepas tu korang kacau nasi tu guna copstik tu, jangan guna senduk nasi kalau tak patah nasi tu nanti.
6. Bila dah masak boleh le makan dengan lauk kuzi kambing tadi, dengan acar timun yourgt dan sambal tomato...nanti aku bagi next time resepi sambal tomato..nak tidur dah ni...
 - ni kalau makan dalam talam ramai2 lagi best..

p/s : dah tahu resepi ni..next time aku balik tm australia korang buat dan jangan lupa panggil aku plak haha...esplly mummy dinah yang kiut miut tu..uwwekkk( sorry ak termuntah..haha)






Tiada ulasan:

Catat Ulasan