Ahad, Mei 24, 2015

SONGKET COTTON INDONESIA BATCH 5..MURAH!!!

JOM LAYAN DESIGN-DESIGN BARU UNTUK BATCH KE - 5..INI..PAT -PAT SIKU LIPAT..SAPA CEPAT DIA YG DAPAT....CEPAT2..SMS/WHATSAPP: 013 9335232...

1-4 pasang = RM25
5-9 pasang = RM23
10 pasang keatas = RM20





















SMS/ WHATSAPPS : 013 -933 5232 SEKARANG!!!!



Isnin, Mei 04, 2015

Songket Cotton Indonesia Batch 4..harga paling murah

Assalamualaikum....

hari ni aty nk buat promosi untuk Songket Cotton Indonesia atau de org panggil Songket Sarawak..tak kisah le mana2 pun..tp songket ni mmg asal dari Indonesia..tak macam songket Kelantan or Terengganu..songket ini..songket cop dari cotton dan ada line gold..sangat sesuai untuk apa-apa majlis, tak kira usia..ringan dan tak panas..

contoh-contoh baju...


 Aty bgi harga RM 25 / pasang iaitu 2 meter...tapi kalau ambil 5-9 pasang aty bagi harga RM23/ pasang..kalau ambil 10 pasang dan keatas..aty bagi harga borong..iaitu..RM 20/ pasang..cepat2 sms/ whatsapps : 013 9335232..

1-4 pasang = RM25
5-9 pasang = RM23
10 pasang keatas = RM20

Corak-corak yang ada...





CEPAT-CEPAT SMS/WHATSAPPS: 013-9335232 SEKARANG!!!!!

Jumaat, April 24, 2015

Minyak Angin Aromatherapy FRESH CARE Stokis Kelantan Murah

Assalamualaikum..

Kami memperkenalkan promosi  kepada semua yang berminat untuk memulakan perniagaan minyak angin aromaterapi FRESH CARE ini di Seluruh Malaysia terutamanya di Kelantan.
1-2 dozen =RM65
3 dozen keatas = RM60
*belum termasuk postage


Terdapat 10 jenis bau yang popular 10ml setiap botol

Splash Fruity


Passion Fruit


Green Tea


Citrus


Lavander

Sport


Sandal Wood

Happy Cherry


Bubble Gum

Kami menawarkan promosi bagi sesiapa yang mahu memulakan perniagaan ni iaitu

RM300 ( 5 kotak/dozen boleh campur-campur jenis + 4 tester percuma)

kami juga menjual secara campuran semua jenis dalam 1 dozen,bergantung kepada permintaan pelanggan

cepat-cepat hubungi kami whatsaap /sms/ call : 013 933 5232/ 018 2625 388 sekarang!!

Ahad, Disember 21, 2014

Apam Gebu Dot Dot Dot


Salam sume..hari ni ati nk share resepi yang gebu-gebu gitu..haha...sesuai untuk majlis hari jadi anak2 kan..antara apam dot-dot yg ati dh try..rasenya resepi yang ni paling best..ati ambil dri blog azie..tq untuk resepi..layan je la resepi ni ye..k bye...

Bahan-bahan:-
3 biji telur sejuk ( dari peti sejuk)
275gm tepung gandum*
220gm gula halus
150ml susu segar / susu cair
3 sk  baking powder*
1 sk ovalette
Filling – ikut suka, jam blueberry/ coklat nuttella
Pewarna –ikut kreativiti

Cara-cara:

1.       Ayak tepung bersama baking powder , ketepikan.
2.       Masukkan telur 1 per 1 ke dalam mixer bersama  gula, sampai betul-betul kembang.
3.       Masukkan ovalette, pukul  lagi.
4.       Masukkan tepung sedikit-sedikit selang seli dengan susu.
5.       Pukul lagi hingga kembang.
6.       Bahagikan adunan kepada 3 bahagian atau lebih mengikut  warna kegemaran masing-masing. Kacau sebati dan masukkan ke dalam piping bag , kalau tak  ada guna plastic gulung pun boleh, filling pun letak dalam piping bag juga.
7.       Panaskan pengukus, isikan separuh adunan dalam acuan kertas, isikan filling, kemudian isikan adunan sampai penuh baru dapat apam yang montel- montel gitu. Kemudian ambil adunan warna yang lain buat kan dot- dot ikut kreativiti masing-masing.
8.       Kukuskan  selama 10- 15 minit. Balut penutup pengukus dengan kain / tuala untuk elak wap air menitis ke atas apam.


Apam ini dijamin gebu sampai esok..hihi..dan yang  paling best resepi ni..apam dia tak berjerawat.

Selasa, Oktober 28, 2014

Nasi Arab dengan Kuzi Kambing Paling Mudah Khas Untuk Bff


Assalamualaikum...tengok tajuk tu..khas untuk bff( nah,gee,ama,bikah,yana)..aku(sebenarnya aku malu nak bahasakan aku 'ati' mmg kena bom le dgn sep2 mu..haha.. gigih jugak  tulis untuk sep2 mu ni..( tiba2 kuar kecek klate..) sbb aku tulis dekat korng so, aku guna 'aku" je le..takut korang termuntah hijau plak baca entry aku ni nanti haha....dah2..tak payah cakap banyak2..nanti kena kutuk je..baca je resepi kat bawah ni haha..

Bahan-bahan untuk Kuzi versi Kurma( rasa macam kuzi tapi guna rempah kurma)..faham x??? haha..aku saja bagi korang pening2 sikit..tapi dijamin sedap..haha..riak..

1 kilo daging kambing dengan tulang   - potong ..tp jangan kecil sangat
5 ulas bawang merah - dimayang halus
3 ulas bawang putih - dimayang halus
1 inci halia- kisar 
3 sudu makan rempah kurma dan 2 sudu makan rempah kari daging - ukuran membukit (faham x???) -bancuh dengan air
1/2 cawan minyak untuk menumis (ye..1/2 cawan..xpayah nak terkejut sgt)
3/4 cawan sos tomato
1 cawan  susu cair
kulit kayu manis, bunga cengkih , buah pelaga, bunga lawang - untuk tumis
3 biji kentang - kupas dan potong
garam / gula secukup rasa

Cara-cara:
1. Panaskan minyak ,masukkan kulit kayu manis, bunga cengkeh, buah pelaga,bunga lawang tu,pastu tumis bawang merah,bawang putih, halia.
2. Dah agak garing( jangan sampai rentung)masukkan bancuhan rempah tu, masak sampai rempah agak garing (mati awah ore kalte oyak).
3. Lepas tu masukkan le daging, letak air sedikit , masak sampai daging tu agak empuk, masukkan kentang.
4.Masukkan sos tomato, susu cair.
5. Kecilkan api, biar kuah agak pekat dan pecah minyak.pastu letak la garam dan gula secukup rasa.
6. Dah masak. ketepikan.


Bahan untuk Nasi 

4 pot beras basmathi panjang - cuci dan toskan air
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
kulit kayu manis,bunga cengkih, bunga lawang,buah pelaga
2 sudu minyak sapi
2 sudu butter
sedikit zafron - kalau tak ada guna je pewarna kuning or orange.
1 cawan kuah kuzi kat atas tadi - kuah sahaja, sebab tu korang kena buat kuah banyak ckit 
sedikit garam
1 tin susu cair

Cara-cara nak buat nasi
1. Ambik rice cooker pot je, jangan korang ambik dengan yang kat luar tu skali haha.. letak atas dapur pastu panaskan minyak sapi dan butter. 
2. Bila dah panas, masukkan kulit kayu manis and the geng ( malas aku nak tulis), bawang merah n putih.
3. Bila dah agak garing, masukkan kuah kuzi tu tadi, lepas tu masukkan beras, masukkan susu cair, tambah air sampai takat korang nak masak nasi  untuk 4 pot tu le..sebab tu ak suruh guna rice cooker pot kan senang nak agak air dia byk mana.
4. then, alihkan le pot tu ke sarung dia, then masak nasi macam biase- jangan lupa tekan rice cooker tu..kang tak masak nasi tu bukan salah aku..sebab aku dah bgtau kat sini.
5. Bila dah agak2 nak masak nasi tu, korang ambik copstik buat 3 ke 4 lubang kecil kat nasi tu, masukkan zafran / titiskan pewarna kuning tadi, lepas tu korang kacau nasi tu guna copstik tu, jangan guna senduk nasi kalau tak patah nasi tu nanti.
6. Bila dah masak boleh le makan dengan lauk kuzi kambing tadi, dengan acar timun yourgt dan sambal tomato...nanti aku bagi next time resepi sambal tomato..nak tidur dah ni...
 - ni kalau makan dalam talam ramai2 lagi best..

p/s : dah tahu resepi ni..next time aku balik tm australia korang buat dan jangan lupa panggil aku plak haha...esplly mummy dinah yang kiut miut tu..uwwekkk( sorry ak termuntah..haha)






Ahad, Oktober 19, 2014

Resepi Kibbeh Senang


Assalamualaikum sume...
hari ini ati nak share resepi ..kalau korang tgk gambar tu mesti ingat ati buat kuih cek mek molek kan kan...tp no..no..no..jangan tertipu..ini bukan cek mek ini..kibbeh.ati tgk dekat rancangan apa entah dulu lupa dah..tapi ni macam makanan tradisi orang lubnan..tapi ati dah edit ikut resepi sendiri..haha.en.hubby cakap boleh tahan juga..boleh buat jual..mm..sume nak jual..haha..


Bahan-bahan kulit:
1/2 pek daging kisar..daging kisar ye..bukan cincang..( resepi asal guna daging kambing)
1cawan serbuk roti
1 labu bawang besar - cincang halus
garam - secukup rasa
lada hitam -secukup rasa
1 sudu teh rempah kari

Bahan-bahan inti: ( ni ikut resepi sendri haha) -apa2 sayur yang sesuai
1/2 cawan cheese parut
1/2 labu bawang besar - cincang halus
2 ulas bawang putih cincang halus
1/2 cawan  kubis cincang
1/2 cawan carrot cincang
2 sudu besar plain yougurt

Cara-cara:
1. Gaulkan semua bahan-bahan inti. ketepikan.
2. Gaulkan semua bahan-bahan untuk kulit kibbeh, sampai tak melekat di tangan.
3. bentukkan kibbeh macam buat kuih cek meh, guna ibu jari macam ni ha..
4. korang pusing keliling ibu jari tu le..sampai dapat macam ni..
5.sampai jadi lubang macam ni le..
6. Lepas tu bolehkan isi dengan inti tadi ye..
7. Lepas tu, tutup macam buat kuih cek mek tu..buat la sampai habis..
8. Ati letak dalam peti sejuk sekejab bagi dia keras ckit baru goreng..pastikan goreng tenggelam ye..selamat mencuba

* inti boleh ganti dengan apa-apa sayur je ikut sedap korang le..




Ahad, Oktober 12, 2014

Daging Goreng Lada Hitam / Black Papper Beef


assalamualaikum..malas  nak menaip panjang2 ni..moh le nengok bahan2nye.

Bahan-bahan:
1 kilo daging potong nipis-nipis
1 sudu makan tepung beras
1 sudu makan kicap pekat manis
1 sudu makan kicap cair
1 sudu makan sos lada hitam
1 sudu makan lada hitam - ditumbuk halus
1 sudu makan sos tomato
2 ulas bawang merah- mayang halus
2 ulas bawang putih- mayang halus
1 labu bawang besar - potong bulat2
daun bawang
kacang panjang- potong 2 inci
minyak yang cukup untuk mengoreng

Cara-cara
1. Gaulkan daging dengan tepung beras, lepas tu goreng dalam kuali, goreng tengelam ye.dah siap toskan dan ketepikan.
2. Dalam kuali yang sama, buang minyak biar tinggal sedikit je untuk menumis.
3. Tumiskan bawang merah  dan putih, pastu masukan kicap pekat manis, kicap cair, sos tomato, sos lada hitam dan serbuk lada hitam.
4. Dah mendidih masukkan bawang besar, kacang panjang, daun bawang dan daging yang digoreng tadi dan kacau sebati. siap!! Selamat mencuba.bye.