Ahad, Jun 15, 2014

Bergedil Daging

assalamualaikum....smlm en. husband dh bising..sebab kentang kt dapur dh bertunas suma haha...ati ckp le..mmg saja tu nk buat perhiasan huhu ( ati mmg suka beli stok byk2 senang kn) tp tu la masalah nya..bila dh tercerut kt ctu lama sgt..haha..so konon2 rajin la hri ni...nk membuat bergedil..anak2 pun suka..encik somi pun suka..i lagi la suka..ok..hri ni kite buat bergedil..nnt kite buat pie daging n kentang plak..wah rajin konon..huhu..hari tu ade sembang dgn kawan ..kwn ati dia rebus terus daging n kentang..mcm2 cara boleh buat..asal sodappp..ni cara ati..


Bahan- bahan

4-5 biji kentang
1 labu bawang besar (dicincang)
½ paket daging cincang
2 biji telur
Segenggam kecil daun sup/ daun bawang
Mixced vegetable ( kalau suka letak le....)
1 sudu kecil lada sulah/ hitam
1 sudu kecil rempah kari
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk mengoreng

rajin plak hari ni ada pic step by step gitu..


Cara-cara
1.  Kupas kentang, potong dadu besar lepas tu rebus. Lepas empuk ( mcm mana nk tahu cucuk le kentang tu dgn tangan kome..haha..kalau berani..ati guna garpu..syg lgi kt tangan ni..hihi) toskan, dah sejuk baru lenyek-lenyek kentang tu.
2.    Sementara tu, tumis bawang dalam kuali, letak minyak ckit je ye, then masukkan daging cincang, rempah kari, goreng sampai masak dah masak toskan minyak lebihan.
3.    Then, masukkan daging yang dah ditoskkan tadi kedalam bekas kentang lenyak tadi, masukkan 1 biji telur, daun sup/ daun bawang,lada sulah, garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati.
4.    Lepas tu boleh le bentukkan bulat-buat then leperkan...sebab tu kena make sure sejuk dulu kalau panas uolls dh bentukkan..mau menangis tangan..haha. Bentukkan sampai habis ye.
5.    Kadang2 ati letak dalam peti sejuk dulu bagi keras ckit baru goreng.
6.    Kalau nak goreng pastikan minyak agak2 tengelam separuh dah ok.
7.    Celupkan bergedil  dalam telur dahulu sebelum goreng, goreng kedua-dua belah, dah agak warna keemasaan tu angkat.

8.    Masa nak goreng tu pastikan api jangan terlalu kecil,takut bergedil serap minyak nanti. tp jangan besar sgt kang hangus plak. then boleh le makan as lauk or makan mcm tu je sebagai cucur petang..

Ahad, Jun 08, 2014

Laksam Kelantan Mudah

Assalamualaikum...hari ini ati nak share resepi negeri sediri plak...laksam atau kalau orang kelantan panggil lakse. laksam sesuai sangat untuk anak-anak sebab lembut kan...kalau nak buat laksam mesti ada 4 bahagian, laksam, kuah, ulam dan sambal. jom kita tengok bahan-bahannya.

Bahan Laksam:
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
5 cawan air
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil minyak

Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan kecuali minyak. Gaulkan pastikan tak ada ketulan, kalau nak senang boleh blend je guna blender sure tak ada ketulan.
2. Panaskan pengukus, sapukan minyak pada tudung periuk / talam / apa2 aje yang leper.
3. Letakkan tudung periuk dalam pengukus, sendukan sesenduk adunan tadi ke atas tudung periuk,pastikan jangan nipis / tebal sangat sedang2 je.
4. Tutup penutup pengukus tunggu hingga 5 - 10 minit sampai adunan naik gelembung, boleh la keluarkan dari pengukus
5. Pastikan tudung periuk sejuk sedikit baru guna pisau atau sudu untuk gulung adunan tadi, kalau digulung panas-panas nanti adunan akan melekat pada tudung periuk, so pastikan anda gunakan lebih dari 1 tudung periuk untuk mengukus adunan, baru cepat siap nanti.
6. Then, potong/ gunting adunan jangan tebal sangat/ jangan nipis sangat.

Bahan Kuah Lemak:
1 kg ikan selayang / kembung 
1/2 kg santan
2-3 cawan air
air rebusan ikan
10- 12 ulas bawang merah
1 inci lengkuas
1 inci halia
1 batang halia
2 keping asam keping
serbuk lada hitam
garam
gula

Cara-cara:
1. Rebus ikan, asingkan isi dan tulang ikant , tapi tulang ikan jangan dibuang.
2. Kisarkan bawang merah, putih, halia, lengkuas, serai dan isi ikan, gunakan air rebusan ikan tadi.
3. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk, masukkan asam keping.
4. Kisarkan tulang-tulang ikan tadi ( ini yang akan memaniskan kuah), then masukkan ke dalam periuk yang tadi,pastikan anda gunakan penapis ye,sebab kita tak nak makan tulang tu, nak air saja.
5. Masukkan santan dan air pastikan tidak terlalu cair, tapi kuah ini akan pekat sikit bila dia sejuk nanti. 
6. Masukkan sebuk lada hitam, garam / gula secukup rasa.
7. Pastikan kuah sentiasa dikacau, kalau tak nanti akan berketul-ketul pula kuah.

Bahan Ulam:
Kacang panjang
Timun
Bunga Kantan
Daun Kesum
Mangga muda ( ati suka letak)
Tauge
*potong nipis semua

Bahan Sambal:
Segenggam cili padi
sesudu gula
secubit garam
1/4 cawan cuka

Cara-cara:
Kisarkan semua bahan

Bahan-bahan lain ( tak letak pun tak apa)
Belacan

Cara Menghidang:
Masukkan lasam ke dalam pinggan/ mangkuk. sendukkan kuah. Letakkan ulan dan sambal..

* kuah ini juga boleh dihidangkan dengan laksa sebagai  laksa lemak kelantan. selamat mencuba.



Sabtu, Mei 24, 2014

Makaroni Bakar Versi Pemanggang Ajaib Mudah

Salam semua hari ni ati nak share 1 resepi yang memang antara kegemaran ati n family...makaroni bakar tp versi pemanggang ajaib ok...senang dan cepat...ni yang ati buat time potluck kt sekolah time hari guru hri tu..ramai yg mintak resepi..so ati letak dalam ni je la..senang..korng nk buat nnt korang tgk cni je la ye..sorry baru nak ngepost..hihi...

dah tinggal separuh

Bahan-bahan Untuk Pasta:
1/2 bungkus makaroni
1 sudu kecil minyak
Secubit garam
Air untuk merebus

Bahan untuk sos putih:
1/2 ketul salted  butter
1/2 ketul cheese
1 1/2 cawan susu segar / susu cair
1 sudu besar tepung gandum
Sedikit lada hitam

Bahan untuk inti daging:
1 pek daging cincang
1 botol sos spageti
2 ulas bawang besar ( didadu)
3 ulas bawang putih ( dicincang halus)
1/2 tin cendawan butang ( potong nipis)
Lada capsicums ( didadu)
Daun saderi / daun sup
2 sudu besar mentega
4/5 biji telur bergantung kepada saiz
Gula dan garam secukup rasa

Cara:
  1. Rebus macaroni bersama minyak dan garam kemudian toskan.
  2. Untuk sos putih, cairkan mentega, masukan susu,  cheese, tepung gandum dan lada hitam, kacau sehingga likat, pastikan adunan sentiasa dikacau untuk mengelakkan sos berketut. Ketepikan.
  3. Untuk inti, tumiskan bawang besar dan bawang kecil, kemudian masukkan daging, kacau sehingga daging masak, kemudian masukkan sos spageti, selepas mendidih masukkan lada capsicum dan daun sup. Padamkan api biarkan inti sejuk seketika barulah dimasukkan macaroni dan telur. Kacau sebati.

Cara untuk membakar:

  1. Sapukan sedikit mentega disekeliling pemanggang ajaib.
  2. Sendukkan adunan ke dalam pemanggang ajaib, ratakan supaya menjadi 1 lapisan.
  3. Kemudian, sendukkan sos putih ke atas keatas lapisan tadi dan ratakan.
  4. Ulang langkah 2 dan 3 terpulang untuk anda nak berapa lapisan. Tapi pastikan lapisan terakhir adalah campuran inti dan macaroni, bukan sos..kalau tak nanti melekat pula kat pemanggang tu,
  5. Pastu bakar le,dah masak sebelah tukar kebelah yang lain. Dh masak biar sejuk baru keluarkan dari pemanggang.
  6. Lepas apa lagi mamam le dengan sos…yummym…selamat mencuba!!
    Ati buat 2 terus...1 bawa pgi sekolah 1 lgi untuk kt rumah...yg kat rumah tu dh terburai ckit..sbb panas2 dah bawa keluar dri pemanggang..so tunggu sejuk ye..huhu

Sabtu, Februari 08, 2014

Chicken Dumpling Soup / Sup wantan Ayam


Dumpling ni mmg kami 1 family suka sangat2..tapi susah sgt nak cari kedai  yg halal yg masak dumpling ni kt sarawak ni..sebab ni kan masakan cina...seingat2 ati..ada 1 kedai chinese muslim yg kat sibu..mmg kalau ati pgi sibu sure makan kt sana n ni menu wajib order..masa en.somi masuk wad kt kpj sibu pun kedai tu je yg ati tau pgi..n menu wantan ni le yg menjadi pilihan..kulit wantan ni kita boleh buat sendiri..tp kalau nk cepat..pgi je beli....ni ati terjumpe kt qiant hri tu..so i pun apa lgi grab le 2 pack..untuk filling tu boleh le ganti dgn daging or tambah le apa2 sayur yg uolls suka..tp anak ati danish tu mmg sgt susah makan sayur atau pun dia panggil POKOK ( sume sayur hijau dia panggil pokok)..haha..


Bahan Wantan:
½ pek daging ayam kisar
1 pek kulit wantan (nak buat sendiri pun boleh)
½ labu bawang besar( dicincang)
Sedikit carrot ( dicincang)
Daun bawang (dihiris nipis)
½ sudu kecil lada hitam
½ sudu sos tiram
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Cara-cara:
1.     Campurkan semua bahan kecuali kulit wantan.
2.    Gaulkan sebati.
3.    Ambilkan kulit wantan,letakkan sesudu inti dalam kulit wantan dan sapukan air di sekeliling kulit wantan, lepas tu tutup kedua-dua belah macam nak buat karipap tu.


Bahan untuk sup:
3 – 4 cawan air
1 ulas bawang merah ( dimayang)
2 ulas bawang putih ( dicincang)
1 kiub ayam
Sedikit minyak untuk menumis
½ inci halia
Garam dan gula secukup rasa
Sayur kegemaran, sawi/ carrot/ bunga kubis..apa2 je yg anda suka.

Cara Buat Sup Simple:
1.     Tumis bawang merah dan putih dalam periuk.
2.    Masukkan air, biarkan mendidh kemudian masukkan kiub ayam.
3.    Masukkan dumpling, tunggu hingga dumpling timbul,baru masukkan sayur kegemaran anda.
4.    Kalau rasa kurang, masukkan garam gula secukup rasa.

5.    Pastu boleh le dihidangkan boleh makan bersama mee or nasi or makan mcm tu je…

Ahad, Disember 01, 2013

Potty Training / Melatih Anak Ke Tandas



Assalamualaikum.....dh lama dah ati berkira-kira nat buat potty training kat Danish sejak dia masuk 2 tahun, tapi ati dan  hubby hold dulu sbb ati nak tunggu time cuti sekolah bulan 11, so cuti sekolah Danish dah umur 2 Tahun 6 Bulan..sebabnya ati risau nak ajar awal2 takut nanti susahkan bibik dia..takut duduk dengan orang ni risau juga..mana tau dia stress ke asyik kena lap kencing je..kang tiba2 dipukulnya anak kita macam mana..kalau kita cuti tu boleh la kita handle sendiri..alhamdulillah balik je kampung ( pantang cuti sure balik kampung haha)ati terus mula buat potty training kat Danish..dan sangat2 bersyukur sebab 4 hari je dia dh boleh ke tandas..tp now bila malam still pakaikan lagi le lampin tu..ok di sini ati nk share sikit tips untuk potty training..


1. Pandai Bagi Tahu Nak kencing / Berak
First, pastikan anak-anak kita dah boleh bagitahu bila dia nak kencing or berak, selalunya budak yang umur 2 tahun keatas dah pandai bagitahu. so, kalau anak anda masih belum pandai bagitahu, jangan paksa anak anda. nanti kita plak yang stress.ok.


2. Tetapkan Masa Tertentu
Kita mesti tetapkan masa tertentu dengan kata lain anda perlu pilih waktu yang sesuai untuk latih anak kita dan pastikan ianya berterusan, jangan hari ni buat potty training, esok stop, pastu lusa buat pula, nanti anak-anak kita akan jadi keliru. So, waktu yang sesuai adalah waktu cuti sekolah.

3. Bebas Dari Lampin
Jangan pakaikan anak lampin, biarkan dia biasa tanpa lampin, mungkin pada waktu ini anda agak stress sebab banyak seluar yang akan basah  terkena kencing hihi...kalau anak tidur tu, takut dia terkencing atas tilam,  pastikan kita pakaikan lampin setelah dia tidur dgn kata lainnya jangan smpai anak tahu yang dia pakai lampin takut dia keliru, then lepas dia bangun, buka semula lampin tu.

4. Selalu Bertanya Anak
Pastikan kita selalu tanya anak "Abang nak kencing tak? kalau nak kencing / berak terus ke toilet ok."  agak-agak setengah jam/ 1 jam sekali.

5. Sabar 
Sememangnya waktu ini kesabaran kita haruslah pada tahap yang sangat tinggi, sudah tentu seluar yang terkena kencing bertambah, kain untuk mengelap lantai pun bertambah, tapi ingat jangan sesekali marah anak-anak, kita pun tak tahu kita dulu macam mana kan haha..ati ingat lagi masa hari kedua dan ketiga, Danish memang dia dah pergi ke tandas tapi bila sampai kat depan pintu terus terkencing, sebab diorang masih tidak tahu untuk mengagak bila masa yang sesuai untuk pergi ke tandas, takut betul dia masa tu, takut kena marah tahu pun ummi ni garang haha..sian betul tengok muka dia.

6. Berterusan
Jangan sesekali anda mengalah, teruskan usaha biarlah hari ini kita terpaksa basuh 10 helai seluar pun. so, ingat latihan ini haruslah berterusan.

7. Beri Galakan / Pujian 
Sentiasa memberi galakan / pujian untuk anak-anak. 

selamat berjaya ye, tapi sebelum anda bermula, pastikan semua ahli keluarga memberi kerjasama.





Ahad, November 03, 2013

Marine Essence Beauty Bar a.k.a Sabun Putih Ketiak

Assalamualaikum... Diam punya diam..tiba2 keluar entri pasal produk hihi..dh pandai nk berbisnes plak..ati bukan ape tp mmg nak berkongsi..klu tak bagus tak kan kita berani nk kongsikan...produk yg ati nk kongsi hri ini adalah Sabun Kecantikan Marine Essence atau mmg sangat terkenal dgn nama SABUN PUTIH KETIAK..
btl ke sabun ni jdi..mula2 ati pakai...alhamdulillah dlm seminggu kesan2 time preggy kt perut yg mmg sgt2 degil sebelum ni mmg beransur2 hilang..wah..sape tak suke kn..pastu ati gunakan untuk anak ati yg lelaki tu..anak ati ni..bdan dia sihat cikit..so..klu main tu..kejab2 je berpeluh..pastu..YaAllah..badan dia py la berbau masam..so.pakai dlm seminggu..mmg kurng berpeluh..xde la bau tengit tu huhu...sebenarnye banyak lagi kelebihan sabun ni..nnt ati masukkan kt bawah ye..
Tak de lagi baju basah kt ketiak ye..huhu

T
Hilangkan pigmentasi

Harga marine essence ni RM35.00 Seketul
.Sekotak ada tiga biji.... kalau beli tiga RM105 ati bgi FREE postage ye ;) 
 Tapi kalau buat dropship / borong boleh dapat untung runcit plus bonus cecah 4 figures sebulan. Nak seribu?? dua ribu??? riga ribu??? even 5 figures income pun boleh je.. Nak tahu cara untuk dapatkan sabun yang hot ni secara pukal dan buat extra income dengan hanya jual sabun cerah ketiak ni??? Jom hubungi ati ye sms/whatsaap 013-9335232

Ahad, Januari 06, 2013

Diam-diam Ubi

asssalamualaikum... alhamdulillah...bersyukur kehadrat Ilahi..masih lagi diberikan nikmat hidup didunia ini...wah2..diam tak diam dah nak masuk 3 tahun menyepi..huhu...alhamdulillah..dalam mase menyepi banyak yang sudah berlaku...dan status pun dah bertukar2..kikiki...2010 berstatus seorang isteri kepada suami tercinta..2011 berstatus seorang ibu kepada putera..dan 2012 dianugerahkan dengan seorang puteri...alhamdulillah...sekarang mengajar di Sarawak..sbb ikut hubby keje cni.. So for 2013..saya ingat nk mulakan semula penulisan saya..hihi..hubby pun dri dulu lagi support..suruh sy teruskan penulisan moga2 ada yang perolehi sesuatu dari penulisan ini..so..skrng nk berjinak semula la ni...wah..nick name pun tukar...homepage pun tukar name sume...yele...time stop menulis dulu still single ang very kebudak-budakkan..now dh jagi ibu orang..so perlu ade perubahan..insyaallah...sy akan cuma curi sedikit masa untuk menulis..moga2 berjaya...