Sabtu, Mei 24, 2014

Makaroni Bakar Versi Pemanggang Ajaib Mudah

Salam semua hari ni ati nak share 1 resepi yang memang antara kegemaran ati n family...makaroni bakar tp versi pemanggang ajaib ok...senang dan cepat...ni yang ati buat time potluck kt sekolah time hari guru hri tu..ramai yg mintak resepi..so ati letak dalam ni je la..senang..korng nk buat nnt korang tgk cni je la ye..sorry baru nak ngepost..hihi...

dah tinggal separuh

Bahan-bahan Untuk Pasta:
1/2 bungkus makaroni
1 sudu kecil minyak
Secubit garam
Air untuk merebus

Bahan untuk sos putih:
1/2 ketul salted  butter
1/2 ketul cheese
1 1/2 cawan susu segar / susu cair
1 sudu besar tepung gandum
Sedikit lada hitam

Bahan untuk inti daging:
1 pek daging cincang
1 botol sos spageti
2 ulas bawang besar ( didadu)
3 ulas bawang putih ( dicincang halus)
1/2 tin cendawan butang ( potong nipis)
Lada capsicums ( didadu)
Daun saderi / daun sup
2 sudu besar mentega
4/5 biji telur bergantung kepada saiz
Gula dan garam secukup rasa

Cara:
  1. Rebus macaroni bersama minyak dan garam kemudian toskan.
  2. Untuk sos putih, cairkan mentega, masukan susu,  cheese, tepung gandum dan lada hitam, kacau sehingga likat, pastikan adunan sentiasa dikacau untuk mengelakkan sos berketut. Ketepikan.
  3. Untuk inti, tumiskan bawang besar dan bawang kecil, kemudian masukkan daging, kacau sehingga daging masak, kemudian masukkan sos spageti, selepas mendidih masukkan lada capsicum dan daun sup. Padamkan api biarkan inti sejuk seketika barulah dimasukkan macaroni dan telur. Kacau sebati.

Cara untuk membakar:

  1. Sapukan sedikit mentega disekeliling pemanggang ajaib.
  2. Sendukkan adunan ke dalam pemanggang ajaib, ratakan supaya menjadi 1 lapisan.
  3. Kemudian, sendukkan sos putih ke atas keatas lapisan tadi dan ratakan.
  4. Ulang langkah 2 dan 3 terpulang untuk anda nak berapa lapisan. Tapi pastikan lapisan terakhir adalah campuran inti dan macaroni, bukan sos..kalau tak nanti melekat pula kat pemanggang tu,
  5. Pastu bakar le,dah masak sebelah tukar kebelah yang lain. Dh masak biar sejuk baru keluarkan dari pemanggang.
  6. Lepas apa lagi mamam le dengan sos…yummym…selamat mencuba!!
    Ati buat 2 terus...1 bawa pgi sekolah 1 lgi untuk kt rumah...yg kat rumah tu dh terburai ckit..sbb panas2 dah bawa keluar dri pemanggang..so tunggu sejuk ye..huhu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan