Dumpling ni mmg kami 1 family suka sangat2..tapi susah sgt nak cari kedai yg halal yg masak dumpling ni kt sarawak ni..sebab ni kan masakan cina...seingat2 ati..ada 1 kedai chinese muslim yg kat sibu..mmg kalau ati pgi sibu sure makan kt sana n ni menu wajib order..masa en.somi masuk wad kt kpj sibu pun kedai tu je yg ati tau pgi..n menu wantan ni le yg menjadi pilihan..kulit wantan ni kita boleh buat sendiri..tp kalau nk cepat..pgi je beli....ni ati terjumpe kt qiant hri tu..so i pun apa lgi grab le 2 pack..untuk filling tu boleh le ganti dgn daging or tambah le apa2 sayur yg uolls suka..tp anak ati danish tu mmg sgt susah makan sayur atau pun dia panggil POKOK ( sume sayur hijau dia panggil pokok)..haha..
Bahan
Wantan:
½
pek daging ayam kisar
1
pek kulit wantan (nak buat sendiri pun boleh)
½
labu bawang besar( dicincang)
Sedikit
carrot ( dicincang)
Daun
bawang (dihiris nipis)
½
sudu kecil lada hitam
½
sudu sos tiram
Garam
secukup rasa
Gula
secukup rasa
Cara-cara:
1.
Campurkan
semua bahan kecuali kulit wantan.
2. Gaulkan sebati.
3. Ambilkan kulit
wantan,letakkan sesudu inti dalam kulit wantan dan sapukan air di sekeliling
kulit wantan, lepas tu tutup kedua-dua belah macam nak buat karipap tu.
Bahan untuk sup:
3 – 4 cawan air
1 ulas bawang merah (
dimayang)
2 ulas bawang putih (
dicincang)
1 kiub ayam
Sedikit minyak untuk
menumis
½ inci halia
Garam dan gula secukup
rasa
Sayur kegemaran, sawi/
carrot/ bunga kubis..apa2 je yg anda suka.
Cara Buat Sup Simple:
1.
Tumis
bawang merah dan putih dalam periuk.
2. Masukkan air, biarkan
mendidh kemudian masukkan kiub ayam.
3. Masukkan dumpling, tunggu
hingga dumpling timbul,baru masukkan sayur kegemaran anda.
4. Kalau rasa kurang,
masukkan garam gula secukup rasa.
5.
Pastu
boleh le dihidangkan boleh makan bersama mee or nasi or makan mcm tu je…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan