Ahad, November 03, 2013

Marine Essence Beauty Bar a.k.a Sabun Putih Ketiak

Assalamualaikum... Diam punya diam..tiba2 keluar entri pasal produk hihi..dh pandai nk berbisnes plak..ati bukan ape tp mmg nak berkongsi..klu tak bagus tak kan kita berani nk kongsikan...produk yg ati nk kongsi hri ini adalah Sabun Kecantikan Marine Essence atau mmg sangat terkenal dgn nama SABUN PUTIH KETIAK..
btl ke sabun ni jdi..mula2 ati pakai...alhamdulillah dlm seminggu kesan2 time preggy kt perut yg mmg sgt2 degil sebelum ni mmg beransur2 hilang..wah..sape tak suke kn..pastu ati gunakan untuk anak ati yg lelaki tu..anak ati ni..bdan dia sihat cikit..so..klu main tu..kejab2 je berpeluh..pastu..YaAllah..badan dia py la berbau masam..so.pakai dlm seminggu..mmg kurng berpeluh..xde la bau tengit tu huhu...sebenarnye banyak lagi kelebihan sabun ni..nnt ati masukkan kt bawah ye..
Tak de lagi baju basah kt ketiak ye..huhu

T
Hilangkan pigmentasi

Harga marine essence ni RM35.00 Seketul
.Sekotak ada tiga biji.... kalau beli tiga RM105 ati bgi FREE postage ye ;) 
 Tapi kalau buat dropship / borong boleh dapat untung runcit plus bonus cecah 4 figures sebulan. Nak seribu?? dua ribu??? riga ribu??? even 5 figures income pun boleh je.. Nak tahu cara untuk dapatkan sabun yang hot ni secara pukal dan buat extra income dengan hanya jual sabun cerah ketiak ni??? Jom hubungi ati ye sms/whatsaap 013-9335232

Ahad, Januari 06, 2013

Diam-diam Ubi

asssalamualaikum... alhamdulillah...bersyukur kehadrat Ilahi..masih lagi diberikan nikmat hidup didunia ini...wah2..diam tak diam dah nak masuk 3 tahun menyepi..huhu...alhamdulillah..dalam mase menyepi banyak yang sudah berlaku...dan status pun dah bertukar2..kikiki...2010 berstatus seorang isteri kepada suami tercinta..2011 berstatus seorang ibu kepada putera..dan 2012 dianugerahkan dengan seorang puteri...alhamdulillah...sekarang mengajar di Sarawak..sbb ikut hubby keje cni.. So for 2013..saya ingat nk mulakan semula penulisan saya..hihi..hubby pun dri dulu lagi support..suruh sy teruskan penulisan moga2 ada yang perolehi sesuatu dari penulisan ini..so..skrng nk berjinak semula la ni...wah..nick name pun tukar...homepage pun tukar name sume...yele...time stop menulis dulu still single ang very kebudak-budakkan..now dh jagi ibu orang..so perlu ade perubahan..insyaallah...sy akan cuma curi sedikit masa untuk menulis..moga2 berjaya...

Ahad, Mac 07, 2010

An@k iTik y@nG hoDoH


emmm..lama dh tak update entry kt blog...asyik busy je...tetibe terasa nak menulis plak hari ni...tadi kt sekolah ngajr topik the life cycle of animals..subtopic about..some animals look like their parent but some of them not look like their parents...so..for the induction set..ak ty le diorng pernah tak dgar cite pasal "The Ugly Duckling" emm..berebut duk sibuk nk cite kt ak pasal cite tu plak..riuh plak class tu jadinye..nasib bek le big bos tak dtng hari ni hehe...ak pun ckp le.." oo..klu dah semua pernah dgr bgus le..tak payah le teacher citer lg kn.." " ala..kami tak pernah dgr lg citer tu teacher.."wah2..dandan plak blh ckp tak pernah dgr..tadi sorng2 sibuk pakat nk citer kt ak..." tadi kate dh pernah dgar..awat tibe2 blh kate tak prnah dgar plak ni..".."kami dah lupe citer tu teacher.." yele tu..bab2 dagr citer mmg sronok le..dgar beratus kali tu tak pe..ak ni ha yg duk kering tekak...
ak pun wat kuar le manila card yg ak pelekat pic2 citer ugly duckling ni.."wah...cantiknye..teacher lukis ke.." hehe..hmm..rajin sgt le teacher korng ni nk melukis..sape le larat nk melukis pic2 mcm ni...teknologi kn de..print jek..senang kn..so...ak pun citer le kt bdk2 ni.....

Pada zaman dahulu...(ayat biase beb..dari zaman ak kecil2 lg ayat ni dh sebati if nk mulakan citer dongeng..knp ek..)tinggallah sekeluarga itik di sebuah ladang di tepi sebuah kolam. Si ibu itik sedang mengerankan telor2nya, ibu itik itu tidak sabar2 untuk melihat anak2nya. Setelah lama menanti dengan sabar tibalah hari yang dinantikan. Telur2 itu menetas dan keluarlah anak2 itik yang comel. Terdapat 7 ekor semuanya. Tetapi hanya 6 ekor yang kelihatan serupa dan comel, manakala seekor anak itik lagi kelihatan agak ganjil. 6 ekor anak itik yang lain berwarna kuning, lehernya pendek dan matanya kecil dan kelihatan sangat comel. Sedangkan anak itik yang ganjil itu berwarna kelabu,lehernya lebih panjang dan matanya besar lalu mereka mengelarkan anak itik yang ganjil itu ‘Anak Itik yang Hodoh’. Anak-anak itik yang lain selalu mengejek anak itik yg hodoh itu, mereka tidak mahu berkawan dengan anak itik yang hodoh itu. Oleh kerana terlalu sedih dengan kehidupannya di situ,anak itik yang hodoh membawa diri dan mengembara sendirian.

Masa punberlalu, anak itik yg hodoh itu telah pun membesar dgn sempurnanya. Pada suatu hari, anak itik itu telah terjumpa sebuah tasik. Dalam tasik itu ada sekeluarga angsa putih sedang beristirehat dan bermain-main di situ. Anak itik yg hodoh itu terasa ingin bermain dengan mereka tapi dia sedar akan dirinye yg tidak layak untuk berkawan dgn mereka. Anak itik itu cuma berselindung disebalik rumput2 panjang sambil memerhatikan angsa2 putih itu bermain. Kehadiran itik yang hodoh disebalik rumput-rumput panjang itu rupa-rupanya disedari oleh salah seekor angsa putih dan dia pun menghampirinya. Angsa itu mengajak dia bermain bersama mereka dan membawa itik yang hodoh kepada teman-temannya. Angsa2 lain menyambut kedatangan itik yang hodoh dengan gembira dan mereka memuji kecantikan anak itik yg hodoh itu. Itik yang hodoh berasa hairan dengan pujian itu, dia berasa malu lalu menundukkan kepalanya ke bawah. Alangkah terkejutnya itik yg hodoh itu, apabila melihat sendiri bayang2 dirinya di dalam air. Dia tidak menyangka yg dirinya kelihatan seperti angsa2 tersebut. itik yang hodoh itu berasa sgt gembira, dia tdak myangka rupa-rupanya dirinya bknkah seekor itik yang hodoh tetapi sebenarnya seekor angsa putih yang cantik. Sejak hari itu, dia hidup dengan gembira bersama teman-teman angsa yang lain.......The End...


ak pun smbung le lesson hari tu...kisah anak itik yg hdoh ini adalah salah 1 contoh. haiwan yg tidak menyerupai ibubapa mereka semasa mereka kecil..pastu ak minta lg diorng bg contoh2 ln...

sudahnya ak bg diorang wat lathan..pastu tba2..de yg dtng kt meje ak.."teacher..kesian kt ank itik tu kn..semua tak mau kwn dgn dia sbb dia hodoh..sume org tak mau kwn dgn saya sbb sy gemuk..dorng sllu mengata sy..tp nnt sy mau jd mcm ank itik yg hodoh tu le teacher...biaq la depa tak mau kwn dgn sy pn la ni..nnt mesti depa nk kn teacher.." ak tersnyum mndengar si mulut comel tu berceloteh..zaman kanak2...hmm..alhamdulillah...terlaksana le lesson plan ak hari tu..harap2 ilmu yg disampaikan de manafaatnya nnt...ilmu bermanafaat jika disampaikan dan diamalkan insyaAllah de kebaikannya....

Walaupun kisah ank itik yg hodoh ini mungkin rekaan semata2..namun..byk pengajaranya jika dihayati dri berbagai sudut bg org yg ingin memikirkannye..

Baginda Rasulullah s.a.w menjelaskan bahawa Allah s.w.t melihat pada hati dan amalan seseorang itu bukanya pada zahir seseorang.

Daripada Abu Hurairah r.a baginda bersabda yang bermaksud, Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras kamu dan harta benda kamu akan tetapi Allah melihat kepada hati perut kamu dan amalan kamu. (riwayat Muslim, no: 4651)

Dalam sepotong hadis yang lain diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, baginda Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh badan kamu dan tidak pula melihat kepada rupa paras kamu akan tetapi perkara yang dilihat oleh Allah ialah hati kamu. Lalu baginda mengisyaratkan ke arah hati baginda dengan jari-jari baginda. (riwayat Muslim, no: 2564)


Usahlah terlalu memikirkan pandangan manusia kerana pandangan Allah itu lebih utama..


Alangkah indah jika seseorang itu dicintai bukannya kerana dia cantik tetapi dia kelihatan cantik kerana dicintai.

Jumaat, September 25, 2009

BeRL@ri DaN tErUs bErLaRi

MasyaAllah..anak adam ini mudah leka..alpa..dengan dunia yang serba fana ini…terkadang diuji..terkadang tersungkur..cuba merangkak bangun…berlari kembali…sesungguhnya perjalananku di dunia Mu ini masih panjang untuk ditempohi..insyaAllah…Maha Suci Ya Tuhan ku…kekadang diri ini begitu alpa dengan nikmat yang Engkau kurniakan..kekandang hati ini buta…untuk menilai sesuatu..Ya Tuhan ku..ku pohon petunjuk dari mu…hambaMu ini insan yang serba kekurangan mengharapkan rahmat dan petunjuk dariMu yang Tuhan ku…kadang-kadang terlintas dibenaku..alangkah bagusnya kalau aku still dengan kerjaku dulu..tak payah nak serabut kepala dengan assignment,presentation,macroteaching,microteaching..tu blum lagi tambah dengan masalah jiwa…masyaAllah..kenapa aku boleh terfikir sebegitu sekali..sepatutunye aku bersyukur dengan rezeki yang diberikan…ramai orang yang nak, tapi tak ada rezeki…biasa la..manusia yang serba kekurangan macam aku ni mudah sangat lupa kalau benda tu dah ada depan mata( terukkan aku huhu…) cuti seminggu ni pun macam tak cukup je aku rasa..raya tu dah tak macam raya..kenapa ye bila dah besar( ayat best ckit dah MATURE hehe..)ni..mood raya tu tak rasa sangat??? Raya-raya pun..duk juga mengadap assignment..pengorbanan le katakana huhu..bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian..( sure ke senang nanti? Bersenang la sangat kat P3 tu atau pun berenang??? Maybe..hehe ..)..hmmm..baru aku tau bukan senang nak buat keputusan sebenarnya..dan bukan senang nak puaskan hati semua orang..dan tak mungkin boleh puaskan hati semua orang..so..HOW????? apa-apa pun hidup mesti diteruskan..buat la apa yang sepatutnya sebagai hambaNya dan khalifah kt bumi Allah ni..yang selebihnya berserah kepada Yang Maha Mengetahui..sebab hanya Dia yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNYA…..waAllahu’alam….caiyok!!caiyok!!! (“,)..

Sabtu, Mei 02, 2009

Kerana Cinta

lama btl tak menulis...ni pun bkn nk berkarya..just nk paste lirik lgu ni je....hhmmm.. kenapa ye..bila berbicara soal cinta..fikiran kita trus menjurus kpd cinta antara adam dan hawa..sedangkan ada hakikat cinta lain yang lebih penting yg kita lupa..cinta kpd Allah, cinta kpd Rasul, cinta kpd ibu bapa, cinta kpd ummah..cinta kpd kecemerlangan...terserah kepada kita sendiri untuk mentafsir dan menilai erti sebuah cinta itu..tepuk dada ty iman..waAllahu'alam..

Kerana Cinta

Album : Kerana Cinta
Munsyid : In-Team feat Mestica

cinta itu cahaya sanubari
kurniaan Tuhan fitrah insani
dan di mana terciptanya cinta
di situ rindu bermula

cinta itu tidak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahgia biarpun sengsara
berkorban segala-gala

semua kerana cinta
yang pahit manis dirasa
menghibur nestapa
merawat duka
damai di jiwa

terpadam api benci permusuhan
terjalinlah kasih sayang
begitulah cinta yang diidamkan
tanpa nafsu yang mencemarkan

dan jangan pula kerana bercinta
kita pun leka entah ke mana
dan jangan pula kerana bercinta
tergadai semua maruah agama

cinta yang sejati hanya cintakan Illahi
cinta ayah bonda tulus suci selamanya
cintakan saudara masa berada hanya sementara
cinta sesama insan suburkan dengan ketakwaan

Jumaat, Februari 13, 2009

Alhamdulillah...

Byknye program minggu ni..macam tak larat je rasa badan ni…tak pe la..yang penting buat dengan ikhlas semata-mata hanya untuk dapat ganjaran dariNya..insyaAllah mesti rasa berbaloikan…hari minggu pun de keje nak buat ni hehe…tetiba je aku rasa cam aku ni rajin semacam jek study...hehe..seingat-ingat aku le, time aku jadi student dulu pun takde la aku study serius mcm ni…kalau le aku study macam ni dlu..sure dah dpt 4 flat ni hehe..mane taknye, otak ni dah lama berkarat..kene asah balik dah ni..lagi2 bab biologi ni…aku pun compius ni…aku yg otak fizik ni tetiba disuruh ngajar bio..adoi..tapi takpe..tu la yang dikatekan cabaran..o.k aku sahut cabaran ni...belum cuba belum tahu…tol tak???.... lepas subuh tadi..belek tafsir jap terjumpe ayat ni..

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” ( al-Baqarah:216)

Maha Suci Allah...indahnya ayat ni..seakan-akan berkata2 dengan aku..tenang rasanya..insyaAllah..Allah swt tahu pe yang terbaik untuk hambaNya...lama gak aku duk renung naskah tafsir al-Quran kaler coklat aku ni..tetiba teringat kat mimpi semalam..mcm tak caya je aku boleh mimpi cam tu huhu..aku ingat lagi aku mimpi de orang lain ambik naskah tafsir coklat aku ni dari aku dan terus pergi...tetiba teringat kat hamba Allah yg hadiahkan tafsir ni kt aku....emm..mimpi tu mcm...yaAllah..cepat-cepat aku beristifar...o.k...stop the sad story tu huhu..

So..kembali pada cite tadi...nasib baik le aku de simpan lagi buku2 lama zaman aku sekolah dlu..boleh juga la aku refer balik kat nota2 lama ni...sebenarnya aku kesian gak tgk budak2 ni...de student yang aku tgk mcm takde minat langsung nak blajar..lagi2 nak blajar sains..tambah lagi dalam sains and mate kan dlm english...pernah de aku ty dua tiga org studnt aku, yg aku kira agak nakal ni..untuk ape diorng datang ke sekolah...mcm2 jawapn diorng bagi..de cakap sebab kt sekolah blh jmpe kwn2, sbb nak duit blanja, sbb semua kwn p sekolah, takut mak ayah marah la..mcm2 le alasan..tp takde 1 pun yg alasan yg aku kira aku blh terima pakai...amboi2 diorng ni if aku ty bab pelajaran..sorang pun taknak buka mulut..tp bila diajak berbual...emm..aku kira diorng ni de potensi gak nak jadi cemerlang...tapi tak tau le mane silapnya ni..tapi aku bersyukur juga le..senakal2 diorng ni..ade lagi rasa hormat kat cikgu..alhamdulillah...

Dalam salah 1 kelas yg aku ajar tu..ade la sorng student ni...aku pun pelik jugak..bila aku bagi nota suruh salin dia tak salin,bila aku ty kenapa dia kate dia tertinggal buku log kt rumah....mula2 tu aku ok lg..tp bila dah banyak kali aku masuk, asyik dia je tak salin nota pastu bila ty bagi alasan yg sama...mula la aku rsa mcm nak mengamuk( huhu..aku bt2 garang je dpan diong ni.. if tak mula la diong ni naik kepala sbnrnya tak sampai ati pun nak marah bdk2 ni hehe..)student ni aku rasa takde le nakal sgt berbandng dua tiga stdnt yg nakal lain..pastu aku ingat nak denda dia suruh berdiri sampai habis kelas aku tapi tak sampai 10 minit pun aku suruh dia duduk balik huhu..ksian plak aku tgk muka dia..

Pastu..waktu rehat tu aku de pngil dia dtng jmpe aku....aku dngr cite.. nota sbjek lain pun dia tak salin jgak...pehal plak budak ni ni..aku ty dia elok2 pe masalah dia...mula2 dia mcam malu2 nak bgtau aku..last2 dia pun buka mulut..
“ cikgu, saya minta maaf..sbnrnya saya tak beli lagi buku2 log tu..cikgu bagi saya tempoh minggu depan..insyaallah sy cuba beli..”
“ kenapa..awak..tak cukup duit nak beli ke...” aku seseja je ckp mcm tu..
pastu aku tgk dia tunduk dan angguk2 kepala dia...yaAllah..biar betul..terkejut juga aku..buku log harga rm 3.50 sebuah tak mampu nak beli..
pastu aku ty lg mak ayah keje pe..
“ saya tmpang rmh mak cik saya cikgu..” faham le aku skrang apa masalah dia sbnarnya...

YaAllah...masih ada yang susah macam ni..waktu tu air mata cam dah bertakung...mula berfikir...sepatutnya aku bersyukur...masih ada keluarga, masih mampu merasa sedikit nikmat kesenangan Allah ni.. tapi AKU??? kekadang time susah ke time senang ke knp mcm jarang nak bersyukur pada nikmat yang Allah kurniakan..Wwaaaaaa..teruknya..teruknya aku.. :-(...YaAllah..alhamdulillah..hambaMu ini bersyukur dgn nikmat yang Engkau kurniakan ni..tak semua yang kita nak kita akan dpt..dan kdang2 benda yang kita tak nak or tak suke tu, itu lebih baik utk kita...kenyataan yg setiap dari kita harus terima dgn hati yg redha..semoga aku menjadi hamba yg bersyukur...balik dari sekolah hari tu aku singgah kedai buku jab..beli ape2 yang patut dan yg termampu......aku rasa aku de tanggungjawab untuk ank bangsa dan agama aku..semoga ada keberkatan sepanjang khdpan yg aku dah,sedang dan akan lalui ni...sesungguhnya aku mengharapkan Jannah Mu yaAllah..insyaAllah...aku nak juga luah kat sini yang aku sayang sgt2 kat mama..sayang sgt2 kat abah..sayang sgt2 kt semua...alhamdulillah..alhamdulillah.. dgn nikmat Islam ini.....

Khamis, Februari 05, 2009

Destinasi Ku...

Mmm...byk yg kene fikir ni..koordinasi badan ku dah mula tertindak balas terhadap stimuli-stimuli ni then terus bergerak melalui sistem saraf untuk ke otak ku then hantar balik respon untuk tindakan seterusnya....cam sakit plak kpala bila aku mula berfikir secara lebih serius ni huhu...apa-apa pun hidup kena ada perancangan yg jelas tol tak???dlu penah de sorang hamba Allah ni kata kat aku..dia kata aku ni tak de perancangan hidup yg jelas...ok , aku boleh terima teguran tu..thanks sangat2 untuk peringatan tu..camne nak capai sesuatu if tak de perancangan yg jelas tentang apa yg kita nak capai dlm hidup kita, mcm hidup just sekadar hidup je...macam takde makne je kan...kena ty balik diri kita..untuk apa Allah swt jadikan kita kat dunia ni?sama-sama la kita fikir k...after diambil kira semua faktor ditambah,ditolak,didarab, dibahagi and bla bla bla so on la..so aku rasa aku dah de perancangan yg jelas untuk hidup aku....insyaAllah..so now..start to plan your work..and the important thing is work your plan..

p/s dari penaja bt hamba Allah yg bek hati tu( if dia de bc le entry ni): "jangan ditanya apa perancangan hidup ku..hehe..ape2 pun thanks a lot k..."

kat bawah ni sesaje jek nak paste lagu ni....tgh kemas2 kotak td terjumpe plak cd nasyid ni..mcm best je lirik dia..tersentuh hati ini..bila dgar tadi cam nk nangis jek rase..isk isk..

Destinasi CintaMunsyid : Mestica

Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

C/O
Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku..Ya Allah...