Ahad, Mac 07, 2010
An@k iTik y@nG hoDoH
emmm..lama dh tak update entry kt blog...asyik busy je...tetibe terasa nak menulis plak hari ni...tadi kt sekolah ngajr topik the life cycle of animals..subtopic about..some animals look like their parent but some of them not look like their parents...so..for the induction set..ak ty le diorng pernah tak dgar cite pasal "The Ugly Duckling" emm..berebut duk sibuk nk cite kt ak pasal cite tu plak..riuh plak class tu jadinye..nasib bek le big bos tak dtng hari ni hehe...ak pun ckp le.." oo..klu dah semua pernah dgr bgus le..tak payah le teacher citer lg kn.." " ala..kami tak pernah dgr lg citer tu teacher.."wah2..dandan plak blh ckp tak pernah dgr..tadi sorng2 sibuk pakat nk citer kt ak..." tadi kate dh pernah dgar..awat tibe2 blh kate tak prnah dgar plak ni..".."kami dah lupe citer tu teacher.." yele tu..bab2 dagr citer mmg sronok le..dgar beratus kali tu tak pe..ak ni ha yg duk kering tekak...
ak pun wat kuar le manila card yg ak pelekat pic2 citer ugly duckling ni.."wah...cantiknye..teacher lukis ke.." hehe..hmm..rajin sgt le teacher korng ni nk melukis..sape le larat nk melukis pic2 mcm ni...teknologi kn de..print jek..senang kn..so...ak pun citer le kt bdk2 ni.....
Pada zaman dahulu...(ayat biase beb..dari zaman ak kecil2 lg ayat ni dh sebati if nk mulakan citer dongeng..knp ek..)tinggallah sekeluarga itik di sebuah ladang di tepi sebuah kolam. Si ibu itik sedang mengerankan telor2nya, ibu itik itu tidak sabar2 untuk melihat anak2nya. Setelah lama menanti dengan sabar tibalah hari yang dinantikan. Telur2 itu menetas dan keluarlah anak2 itik yang comel. Terdapat 7 ekor semuanya. Tetapi hanya 6 ekor yang kelihatan serupa dan comel, manakala seekor anak itik lagi kelihatan agak ganjil. 6 ekor anak itik yang lain berwarna kuning, lehernya pendek dan matanya kecil dan kelihatan sangat comel. Sedangkan anak itik yang ganjil itu berwarna kelabu,lehernya lebih panjang dan matanya besar lalu mereka mengelarkan anak itik yang ganjil itu ‘Anak Itik yang Hodoh’. Anak-anak itik yang lain selalu mengejek anak itik yg hodoh itu, mereka tidak mahu berkawan dengan anak itik yang hodoh itu. Oleh kerana terlalu sedih dengan kehidupannya di situ,anak itik yang hodoh membawa diri dan mengembara sendirian.
Masa punberlalu, anak itik yg hodoh itu telah pun membesar dgn sempurnanya. Pada suatu hari, anak itik itu telah terjumpa sebuah tasik. Dalam tasik itu ada sekeluarga angsa putih sedang beristirehat dan bermain-main di situ. Anak itik yg hodoh itu terasa ingin bermain dengan mereka tapi dia sedar akan dirinye yg tidak layak untuk berkawan dgn mereka. Anak itik itu cuma berselindung disebalik rumput2 panjang sambil memerhatikan angsa2 putih itu bermain. Kehadiran itik yang hodoh disebalik rumput-rumput panjang itu rupa-rupanya disedari oleh salah seekor angsa putih dan dia pun menghampirinya. Angsa itu mengajak dia bermain bersama mereka dan membawa itik yang hodoh kepada teman-temannya. Angsa2 lain menyambut kedatangan itik yang hodoh dengan gembira dan mereka memuji kecantikan anak itik yg hodoh itu. Itik yang hodoh berasa hairan dengan pujian itu, dia berasa malu lalu menundukkan kepalanya ke bawah. Alangkah terkejutnya itik yg hodoh itu, apabila melihat sendiri bayang2 dirinya di dalam air. Dia tidak menyangka yg dirinya kelihatan seperti angsa2 tersebut. itik yang hodoh itu berasa sgt gembira, dia tdak myangka rupa-rupanya dirinya bknkah seekor itik yang hodoh tetapi sebenarnya seekor angsa putih yang cantik. Sejak hari itu, dia hidup dengan gembira bersama teman-teman angsa yang lain.......The End...
ak pun smbung le lesson hari tu...kisah anak itik yg hdoh ini adalah salah 1 contoh. haiwan yg tidak menyerupai ibubapa mereka semasa mereka kecil..pastu ak minta lg diorng bg contoh2 ln...
sudahnya ak bg diorang wat lathan..pastu tba2..de yg dtng kt meje ak.."teacher..kesian kt ank itik tu kn..semua tak mau kwn dgn dia sbb dia hodoh..sume org tak mau kwn dgn saya sbb sy gemuk..dorng sllu mengata sy..tp nnt sy mau jd mcm ank itik yg hodoh tu le teacher...biaq la depa tak mau kwn dgn sy pn la ni..nnt mesti depa nk kn teacher.." ak tersnyum mndengar si mulut comel tu berceloteh..zaman kanak2...hmm..alhamdulillah...terlaksana le lesson plan ak hari tu..harap2 ilmu yg disampaikan de manafaatnya nnt...ilmu bermanafaat jika disampaikan dan diamalkan insyaAllah de kebaikannya....
Walaupun kisah ank itik yg hodoh ini mungkin rekaan semata2..namun..byk pengajaranya jika dihayati dri berbagai sudut bg org yg ingin memikirkannye..
Baginda Rasulullah s.a.w menjelaskan bahawa Allah s.w.t melihat pada hati dan amalan seseorang itu bukanya pada zahir seseorang.
Daripada Abu Hurairah r.a baginda bersabda yang bermaksud, Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras kamu dan harta benda kamu akan tetapi Allah melihat kepada hati perut kamu dan amalan kamu. (riwayat Muslim, no: 4651)
Dalam sepotong hadis yang lain diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, baginda Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh badan kamu dan tidak pula melihat kepada rupa paras kamu akan tetapi perkara yang dilihat oleh Allah ialah hati kamu. Lalu baginda mengisyaratkan ke arah hati baginda dengan jari-jari baginda. (riwayat Muslim, no: 2564)
Usahlah terlalu memikirkan pandangan manusia kerana pandangan Allah itu lebih utama..
Alangkah indah jika seseorang itu dicintai bukannya kerana dia cantik tetapi dia kelihatan cantik kerana dicintai.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
mungkinkah kerana tidak cantik bila bersama seseorang itu maka seseorang itu ditinggalkan?
BalasPadam“Jika kamu berikan hati ataupun cintamu pada manusia nescaya dia akan merobek-robekkannya tetapi kalau hati yang pecah itu diberikan kepada Allah nescaya dicantum-cantumkan-Nya. Ertinya cinta manusia kadangkala menyakitkan tetapi dengan cinta kepada Allah pasti berbalas dan DIA pasti tidak membiarkan orang yang dicintai-Nya menderita di akhirat nanti.”
BalasPadamsetiap amalan bermula dengan niat ikhlas... i.allah jika niat nya betul,, Allah akan permudahkan segala macam urusan.. cantik hodoh anugerah ALLAH untuk menguji bagaimana kita mengunakan nikmatNYA ke jalanNYA... semoga kita termasuk dikalangan bijak mengguna nikmatNYA... amin...
BalasPadamyg mana penting.... sudut pandangn manusia atau pencipta???
BalasPadamdua2 ada kepentingan, cuma pandangan manusia dr segi fizikal tu yg kdg2 akn memesongkn sseorg....
wallahua'lam....