Khamis, Januari 15, 2009

..maWARdiah..

Dipetik dari buku- Jangan Bersedih: Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia oleh Dr 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni.

Mawar Pertama...

Ingatlah, bahawa sesungguhnya Tuhanmu Maha Mengampuni org yg beristigfar, Maha Pemberi taubat atas siapa yang bertaubat, dan menerima org yg kembali kepadaNya.


Mawar Kedua...

Kasihani org-org yg lemah, nescaya anda akan bahagia. Berilah org-org yg memerlukan pertolongan nescaya anda akan berasa puas. Rendamlah emosi anda, nescaya anda akan selamat.


Mawar Ketiga...

Optimislah, kerana sesungguhnya Allah bersamamu, para malaikat memohon ampun untukmu, dan syurga telah menunggumu.


Mawar Keempat...

Hapuslah air matamu dengan berprasangka baik kepadaNya. Buanglah segala penderitaan dan kesedihan dengan mengingati segala nikmat Allah kepadamu.


Mawar Kelima...

Jangan anda mengira bahawa dunia diciptakan untuk melayani seseorg secara lengkap,kerana pada hakikatnya tiada seorng pun di muka bumi ini yg akan mendapatkan semua yg diinginkannya dan terbebas dari segala mcm kekeruhan.


Mawar Keenam...

Jadilah seperti pohon kurma; tinggi cita-citanya, kebal dari penyakit, dan bila dilempar batu, ia membalas dgn buah kurmanya.


Mawar Ketujuh...

Pernahkah kau mendengar bahawa sesungguhnya kesedihan itu dapat mengembalikan kenangan di masa lalu, dan sesunggunhnya kegelisahan itu dapat membenarkan kesalahan. Maka dari itu, mengapa kau harus bersedih dan merasa gelisah?


Mawar Kelapan...

Jangan anda menunggu datangnya bencana dan fitnah, tetapi tunggulah kedatangan keamanan, kedamaian dan kesihatan, insyaAllah.


Mawar Kesembilan...

Padamkan api kedengkian di dadamu dengan memaafkan semua yang pernah berbuat salah kepadamu.


Mawar Kesepuluh...

Mandi, berwuduk, memakai wewangian dan bersiwak dgn teratur, merupakan ubat mujarab untuk mengatasi kepenatan dan kesempitan.

2 ulasan:

  1. apa makna entry ni???

    BalasPadam
  2. kaedah mengubati kesedihan hati..yg dipetik dari buku- Jangan Bersedih: Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia oleh Dr 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni...

    sekadar berkongsi ape yg dibaca...waAllahu'alam..

    BalasPadam