Sabtu, September 13, 2014

Bubur Butir / Biji Nangka Sedap

Lama dah tak makan ni...bila bulan puasa baru jumpa ni..tapi kalau kt sarawak ni, nak makan memang semua kena buat sendiri la nampaknya..

Bahan Biji Nangka:
2 cawan tepung pulut
1 sudu besar tepung beras
air
garam
pewarna yg dibenarkan

Cara-cara:
1. Panaskan air dalam periuk.
2. Satukan tepung pulut , tepung beras dan garam. masukkan air, uli adunan hingga tepung tak melekat di tangan. 
3. Bahagikan doh kepada 3 bahagia, letakkan pewarna yang digemari, uli sampai sebati warna itu.
4. Ambil doh dan bulatkan dan gentelkan seperti biji nangka, kemudiaan masukkan ke dalam air yang mendidih tadi. Bila biji itu timbul itu tandanya ia sudah masak angkat dan masukkan ke dalam air sejuk.
5. Buatlah hingga doh habis.

Bahan kuah:
1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan susu cair ( ati suka campur susu cair sebab rasa dia lagi sedap).
air secukupnya
1 sudu  kecil halba
sehiris halia dipotong nipis je
1 sudu kecil garam
gula secukpnya  - terpulang kepada kemanisan masing2.

Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak dengan api sederhana hingga mendidih. pastikan sentiasa dikacau bagi mengelakkan kuah berketul.
2. Setelah mendidih, masukkan biji nangka yang telah ditoskan tadi. gaulkan sebati. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.




1 ulasan: