Jumaat, Februari 13, 2009

Alhamdulillah...

Byknye program minggu ni..macam tak larat je rasa badan ni…tak pe la..yang penting buat dengan ikhlas semata-mata hanya untuk dapat ganjaran dariNya..insyaAllah mesti rasa berbaloikan…hari minggu pun de keje nak buat ni hehe…tetiba je aku rasa cam aku ni rajin semacam jek study...hehe..seingat-ingat aku le, time aku jadi student dulu pun takde la aku study serius mcm ni…kalau le aku study macam ni dlu..sure dah dpt 4 flat ni hehe..mane taknye, otak ni dah lama berkarat..kene asah balik dah ni..lagi2 bab biologi ni…aku pun compius ni…aku yg otak fizik ni tetiba disuruh ngajar bio..adoi..tapi takpe..tu la yang dikatekan cabaran..o.k aku sahut cabaran ni...belum cuba belum tahu…tol tak???.... lepas subuh tadi..belek tafsir jap terjumpe ayat ni..

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” ( al-Baqarah:216)

Maha Suci Allah...indahnya ayat ni..seakan-akan berkata2 dengan aku..tenang rasanya..insyaAllah..Allah swt tahu pe yang terbaik untuk hambaNya...lama gak aku duk renung naskah tafsir al-Quran kaler coklat aku ni..tetiba teringat kat mimpi semalam..mcm tak caya je aku boleh mimpi cam tu huhu..aku ingat lagi aku mimpi de orang lain ambik naskah tafsir coklat aku ni dari aku dan terus pergi...tetiba teringat kat hamba Allah yg hadiahkan tafsir ni kt aku....emm..mimpi tu mcm...yaAllah..cepat-cepat aku beristifar...o.k...stop the sad story tu huhu..

So..kembali pada cite tadi...nasib baik le aku de simpan lagi buku2 lama zaman aku sekolah dlu..boleh juga la aku refer balik kat nota2 lama ni...sebenarnya aku kesian gak tgk budak2 ni...de student yang aku tgk mcm takde minat langsung nak blajar..lagi2 nak blajar sains..tambah lagi dalam sains and mate kan dlm english...pernah de aku ty dua tiga org studnt aku, yg aku kira agak nakal ni..untuk ape diorng datang ke sekolah...mcm2 jawapn diorng bagi..de cakap sebab kt sekolah blh jmpe kwn2, sbb nak duit blanja, sbb semua kwn p sekolah, takut mak ayah marah la..mcm2 le alasan..tp takde 1 pun yg alasan yg aku kira aku blh terima pakai...amboi2 diorng ni if aku ty bab pelajaran..sorang pun taknak buka mulut..tp bila diajak berbual...emm..aku kira diorng ni de potensi gak nak jadi cemerlang...tapi tak tau le mane silapnya ni..tapi aku bersyukur juga le..senakal2 diorng ni..ade lagi rasa hormat kat cikgu..alhamdulillah...

Dalam salah 1 kelas yg aku ajar tu..ade la sorng student ni...aku pun pelik jugak..bila aku bagi nota suruh salin dia tak salin,bila aku ty kenapa dia kate dia tertinggal buku log kt rumah....mula2 tu aku ok lg..tp bila dah banyak kali aku masuk, asyik dia je tak salin nota pastu bila ty bagi alasan yg sama...mula la aku rsa mcm nak mengamuk( huhu..aku bt2 garang je dpan diong ni.. if tak mula la diong ni naik kepala sbnrnya tak sampai ati pun nak marah bdk2 ni hehe..)student ni aku rasa takde le nakal sgt berbandng dua tiga stdnt yg nakal lain..pastu aku ingat nak denda dia suruh berdiri sampai habis kelas aku tapi tak sampai 10 minit pun aku suruh dia duduk balik huhu..ksian plak aku tgk muka dia..

Pastu..waktu rehat tu aku de pngil dia dtng jmpe aku....aku dngr cite.. nota sbjek lain pun dia tak salin jgak...pehal plak budak ni ni..aku ty dia elok2 pe masalah dia...mula2 dia mcam malu2 nak bgtau aku..last2 dia pun buka mulut..
“ cikgu, saya minta maaf..sbnrnya saya tak beli lagi buku2 log tu..cikgu bagi saya tempoh minggu depan..insyaallah sy cuba beli..”
“ kenapa..awak..tak cukup duit nak beli ke...” aku seseja je ckp mcm tu..
pastu aku tgk dia tunduk dan angguk2 kepala dia...yaAllah..biar betul..terkejut juga aku..buku log harga rm 3.50 sebuah tak mampu nak beli..
pastu aku ty lg mak ayah keje pe..
“ saya tmpang rmh mak cik saya cikgu..” faham le aku skrang apa masalah dia sbnarnya...

YaAllah...masih ada yang susah macam ni..waktu tu air mata cam dah bertakung...mula berfikir...sepatutnya aku bersyukur...masih ada keluarga, masih mampu merasa sedikit nikmat kesenangan Allah ni.. tapi AKU??? kekadang time susah ke time senang ke knp mcm jarang nak bersyukur pada nikmat yang Allah kurniakan..Wwaaaaaa..teruknya..teruknya aku.. :-(...YaAllah..alhamdulillah..hambaMu ini bersyukur dgn nikmat yang Engkau kurniakan ni..tak semua yang kita nak kita akan dpt..dan kdang2 benda yang kita tak nak or tak suke tu, itu lebih baik utk kita...kenyataan yg setiap dari kita harus terima dgn hati yg redha..semoga aku menjadi hamba yg bersyukur...balik dari sekolah hari tu aku singgah kedai buku jab..beli ape2 yang patut dan yg termampu......aku rasa aku de tanggungjawab untuk ank bangsa dan agama aku..semoga ada keberkatan sepanjang khdpan yg aku dah,sedang dan akan lalui ni...sesungguhnya aku mengharapkan Jannah Mu yaAllah..insyaAllah...aku nak juga luah kat sini yang aku sayang sgt2 kat mama..sayang sgt2 kat abah..sayang sgt2 kt semua...alhamdulillah..alhamdulillah.. dgn nikmat Islam ini.....

Khamis, Februari 05, 2009

Destinasi Ku...

Mmm...byk yg kene fikir ni..koordinasi badan ku dah mula tertindak balas terhadap stimuli-stimuli ni then terus bergerak melalui sistem saraf untuk ke otak ku then hantar balik respon untuk tindakan seterusnya....cam sakit plak kpala bila aku mula berfikir secara lebih serius ni huhu...apa-apa pun hidup kena ada perancangan yg jelas tol tak???dlu penah de sorang hamba Allah ni kata kat aku..dia kata aku ni tak de perancangan hidup yg jelas...ok , aku boleh terima teguran tu..thanks sangat2 untuk peringatan tu..camne nak capai sesuatu if tak de perancangan yg jelas tentang apa yg kita nak capai dlm hidup kita, mcm hidup just sekadar hidup je...macam takde makne je kan...kena ty balik diri kita..untuk apa Allah swt jadikan kita kat dunia ni?sama-sama la kita fikir k...after diambil kira semua faktor ditambah,ditolak,didarab, dibahagi and bla bla bla so on la..so aku rasa aku dah de perancangan yg jelas untuk hidup aku....insyaAllah..so now..start to plan your work..and the important thing is work your plan..

p/s dari penaja bt hamba Allah yg bek hati tu( if dia de bc le entry ni): "jangan ditanya apa perancangan hidup ku..hehe..ape2 pun thanks a lot k..."

kat bawah ni sesaje jek nak paste lagu ni....tgh kemas2 kotak td terjumpe plak cd nasyid ni..mcm best je lirik dia..tersentuh hati ini..bila dgar tadi cam nk nangis jek rase..isk isk..

Destinasi CintaMunsyid : Mestica

Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

C/O
Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku..Ya Allah...

Selasa, Februari 03, 2009

Sains dan Islam


Al-Quran adalah mukjizat dari Allah swt kepada Nabi Muhammad saw untuk seluruh umat muslim di seluruh dunia dari awal diturunkan hingga waktu penghabisan. Di dalamnya terkandung panduan kepada kita sama ada dari segi aqidah,ibadah, akhlak, hukum, peringatan, sejarah serta dorongan untuk kita berfikir akan Keesaan Maha Penciptanya. Selain membacanya, memahami tafsiran al-Quran dengan penghayatan yang lebih mendalam tentang maksud dan isi kandungannya hukumnya adalah wajib berdasarkan ayat berikut:

” Maka tidakkah mereka menghayati al-Quran, ataukah hati meraka telah terkunci?” (47:24)
Berfikir, merenung dan menghayati maksud isi kandungan al-Quran akan memudahkan kita untuk mengenal dan menyakini tentang kekuasaan dan kehebatan Allah swt. Ia juga akan membimbing setiap insan yang cintakan ilmu dan petunjuk kepada kehidupan akhirat yang lebih baik jika dibandingkan dengan kehidupan dunia yang tiada apa-apa nilai di sisi Allah swt.

Sebagai seorang yang meminati sains, apa yang lebih mengagumkan aku, adalah apa yang diungkapkan sebahagian dari ajaran al-Quran berkaitan kehidupan manusia di alam fana ini, termasuk perkembangan ilmu pengetahuan. Sesungguhnya sains bukan suatu yang asing dalam Islam kerana kajian saintifik terhadap al-Quran mendapati kitab wahyu ini mengandungi pelbagai ilmu sains yang disampaikan secara tersurat atau memerlukan kajian mendalam. Memang terbukti, bahawa banyak ayat-ayat al-Quran yang berbicara tentang hakikat-hakikat ilmiah yang tidak diketahuil pada masa turunnya, namun kebenarannya telah terbukti di tengah-tengah perkembangan ilmu sains. Ketika mendengar satu diskusi yang bertajuk ” Sains dan Islam ” tempoh hari, banyak penemuan sains yang menakjubkanku antaranya;

Teori tentang expanding universe (kosmos yang mengembang) ;
” Dan langit Kami bangun dengan kekuasaan (Kami), dan Kami benar-benar meluaskannya.” ( 51:47)


Tentang matahari adalah planet yang bercahaya sedangkan bulan adalah pantulan dari cahaya matahari;
” Dialah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya, dan Dialah yang menetapkan tempat-tempat orbitnya, agar kamu mengetahui bilangan tahun, dan perhintungan (waktu). Allah tidak menciptakan sedemikian itu melainkan dengan benar. Dia menjelaskan tanda-tanda ( kebesaraNya ) kepada orang-orang yang mengetahuai.” (10:5)


Begitu juga dengan pergerakan bumi mengelilingi matahari, gerakan lapisan-lapisan yang berasal dari perut bumi, serta bergeraknya gunung sama dengan pergerakan awan.
” Dan engkau akan melihat gunung-gunung yang engkau kira tetap di tempatnya, padahal ia berjalan (seperti) awan berjalan. (Itulah) ciptaan Allah yang mencipta dengan sempurna segala sesuatu. Sungguh, Dia Maha Teliti apa yang kamu kerjakan.” (27:88)


Di dalamnya juga ada diceritakan tentang zat hijau daun (klorofil) yang berperanan dalam mengubah tenaga dari matahari menjadi tenaga kimia melalui proses fotosintesis sehingga menghasilkan tenaga. Apa yang lebih mengagumkan aku istilah al-Quran iaitu asy-syajar al-akhdhar (pohon yang hijau) ternyata lebih tepat berbanding istilah bahasa Greek lama iaitu klorofil (hijau daun) yang digunakan sekarang, ini kerana mengikut kajian zat-zat tersebut tidak hanya terdapat dalam daun saja tapi di seluruh bahagian pohon, dahan dan ranting yang berwarna hijau...Subhanallah..
Maksudnya:
” Yaitu (Allah) yang menjadikan api untukmu dari pohon kayu yang hijau, maka seketika itu kamu nyalakan (api) dari kayu itu.” (36:80)
Tentang manusia diciptakan dari sebagian kecil sperma lelaki dan yang telah disenyawakan dengan ovum wanita di dalam rahim, penempelan embrio dan akhirnya perkembangan zigot kepada fetus. Sebagaimana firman Allah swt bermaksud:
”Dia tercipta dari air(mani) yang terpancar.yang keluar dari antara tulang punggung (sulbi) dan tulang dada.” (86: 6 -7)


” Dia mencipta manusia dari segumpal darah.” (96:2)

Namun apa yang menyedihkanku, mengapakah nama-nama ahli sains barat seperti Darwin, Galileo, Newton, Faraday, Einstein dan terakhir ini Hawking sering disebut apabila membicarakan tentang kejadian alam. Nama-nama inilah yang diagung-agungkan, malahan nama-nama inilah yang terdapat didalam buku-buku teks sains kita, akhirnya nama-nama inilah yang melekat didalam minda anak-anak kita. Di mana nama-nama ahli sains Islam kita??antaranya Ibnu Sina, al-Razi, al-Zahrawi, al-Khazwini dan ramai lagi ahli sains Islam yang tersohor.

Ironinya, apa yang aku amati secara amnya hampir kesemua hasil kajian saintis-saintis barat ini adalah berdasarkan kepada usaha untuk menerangkan asal-usul kejadian alam, sama ada penerangan dari segi teori genetik, teori alam semesta, teori gerakan jasad dan sebagainya. Maka terkeluarlah teori barat seperti “ Teori Evolusi Charles Darwin” iaitu teori yang menyatakan bahawa manusia berasal daripada binatang ,khususnya dari evolusi binatang yang menyerupai mawas. Ternyata teori ini adalah bertentangan dengan al-Quran.

Sedangkan peringkat awal sebelum penciptaan manusia bermula, Allah swt telah berfirman kepada malaikat bahawa akan menjadikan seorang khalifah di bumi ini. Sebagaimana firmanNya yang bermaksud:
“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: “Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi....” ( 2:30)
Malahan, proses kejadian manusia telah dipaparkan dengan jelas di dalam al-Quran sebagai ciptaan yang dihubungkan dengan tanah. Sebagaimana firman Allah swt bermaksud:
“Dan Allah menumbuhkan kamu dari tanah dengan sabaik-baiknya. Kemudian Dia mengembalikan kamu ke dalam tanah dan mengeluarkan kamu(daripadanya pada hari kiamat) dengan sebenar-benarnya.” (71:17-18)


“Darinya(tanah) itulah Kami menciptakan kamu dan kepadanyalah Kami akan mengembalikan kamu dan dari sanalah Kami akan mengeluarkan kamu pada waktu yang lain” (20:55)

Justeru itu, bagi ku Islam melihat perspektif alam adalah dalam konteks fahaman yang lebih luas. Ianya bukan sekadar menerangkan tentang alam fizikal sahaja, malah menerangkan tentang alam lain yang tidak tercapai oleh pancaindera atau alat penderiaan yang lain. Kewujudan alam lain ini seperti alam kubur, alam akhirat, ia adalah di luar kemampuan akal manusia untuk memahami dan mengetahuinya, apatah lagi untuk menerangkan asal-usul kewujudannya. Perspektif alam yang lebih luas ini akhirnya menuntut manusia untuk sedar akan kewujudan Maha Penciptanya yang Esa dan menambahkan ketakwaan bagi mereka yang bersyukur akan anugerahNya.

Lebih daripada itu, al-Quran bukan sahaja mendidik kita untuk lebih memerhatikan segala fenomena yang membentuk alam semesta ini, malah Ia mengajak kita berinteraksi sewajarnya dengan alam ini. Dengan demikian, persoalan adab, akhlak, tanggungjawab dan hal-hal yang berkaitan dengan keimanan merupakan asas utama ajaran al-Quran, di samping ilmu sains dan teknologi itu sendiri. Malahan firman Allah swt, maksudnya:
” Kitab ( al-Quran ) ini tidak ada keraguaan padanya;petunjuk bagi mereka yang bertakwa” (2:2)


waAllahu’alam..