Isnin, Januari 26, 2009

Gerhana Matahari Separa

Petang tadi, after solat asar berjemaah( sume ada kt rmh..kan cuti tahun baru cina hari ni), aku tetiba teringat kat artikel yg aku baca pasal gerhana matahari yang akn berlaku hari ni dikatakan boleh dilihat di malaysia, so...aku pun mula le selongkar almari cari negatif filem yang lama semata-mata nak tengok gerhana. ..nasib baik still ada..bukan mudah nak cari, sebab now kan sume dah guna kamera digital..so habis negatif2 zaman sekolah dulu aku amik dan gunting bagi2 kat sume..adik aku plak sibuk p cari binokular dia..pastu 1 family kuar halaman rumah tengok..mcm kelakar plak huhu..adik bongsu aku le yang paling bersemangat..suka betul dia bila dpt tgk gerhana...tak pasal2 aku kne ngajar sains kat laman rmh td huhu..mcm2 dia ty..pening aku dibuatnya..sebenarnya gerhana ni dah mula dari jam 4.31pm lagi till 6.58pm, tapi dalam jam 5.10 pm baru ktorng kuar tgk..pastu solat sunat gerhana 2 rakaat..aku cuba ambil gambar guna kamera try lapiskan dengan negatif filem..alhamdulillah dapat, tapi tak jelas sangat.. tu pun dah habis aku zoom..maklum le kamera aku bukan canggih pun..huhu..kat bawah ni de aku upload pic gerhana yang aku dapat ambik..

bro..tgk gerhana ke intai pe..huhu

Jam 5.10 pm


Jam 5.20 pm


Jam 5.45 pm

aku ingat dah habis le sesi mengajar kt laman..rupanya tak lagi..adik bongsu aku tak puas hati rupanya..dia pun kta kt aku,

" tadi awong kata, kalau gerhana matahari, matahari kena lindung suma, tapi kenapa ni matahari macam bulan sabit je adik tengok"
"gerhana matahari separa la dik..", dia buat muka tak puas hati plak..adoi..budak2 mmg mcm ni, naluri nak tau tu mmg lampau tol..tp kita jgn halang or lunturkan semangt ingin tau mereka..otak mereka tengah berkembang nw..
" jom masuk dalam rumah,nnt awong bgtau.." ,sebnrnya aku pun dah tak ingat sangat huhu..
aku pun ajak dia online cari gmbar fenomena gerhana (semangat tol akak dia kan huhu..)..so..explain ckit2..makin aku explain smakin menjadi2 plak soalan dia..gigit karang budak kecik ni baru tau huhu...bukan men suka dia..siap p explain kat abah and mama lg tu( perasan pandai le tu huhu...) tak pe2..bagus2 teruskan usaha mu wahai adik ku..haha..
kat bawah ni aku de nak share ckit info pasal gerhana matahari..
Secara amnya gerhana matahari berlaku apabila kedudukan matahari, bulan dan bumi berada dalam keadaan sejajar (sebaris). Ini menyebabkan bulan melindungi cakera matahari daripada pemerhati di bumi.Semasa gerhana matahari, bulan akan kelihatan perlahan-lahan melindungi cakera matahari, tidak kira samada ianya gerhana penuh, gerhana annulus ataupun separa, bulan pada masa itu kelihatan gelap.


Secara umumnya gerhana matahari terdiri daripada empat jenis:-
Gerhana Matahari PenuhGerhana ini terjadi apabila kedudukan matahari, bulan dan bumi dalam keadaan sebaris, dan bulan pada masa itu berada dalam keadaan “perigee” (hampir dengan bumi). Kedudukan “perigee” ini menyebabkan saiz bulan melindungi keseluruhan cakera matahari daripada pemerhati di bumi.

Gerhana Matahari SeparaGerhana ini terjadi apabila kedudukan matahari, bulan dan bumi dalam keadaan hampir sebaris, menyebabkan bulan melindungi sebahagian daripada cakera matahari.

Gerhana Matahari Annular
Gerhana ini terjadi apabila kedudukan matahari, bulan dan bumi dalam keadaan sebaris, tetapi disebabkan bulan berada dalam kedudukan “apogee” (terjauh dari bumi) menyebabkan saiz bulan pada masa itu kelihatan agak kecil dan dan cakera matahari pula lebih besar, bulan akan kelihatan ditengah cakera matahari tetapi tidak dapat melindungi keseluruhan cakera matahari. Cakera matahari masih kelihatan di sekeliling bulan, pemerhati di bumi akan melihat seolah-olah matahari berbentuk cincin dipanggil “annulus” atau annular .

Gerhana Matahari Hibrid
Berlaku apabila matahari, bulan dan bumi dalam kedudukan selari. Tetapi disebabkan kedudukan bulan berada di antara “apogee” dengan “perigee” maka sebahagian kawasan di bumi akan menyaksikan gerhana penuh matahari dan sebahagian lagi menyaksikan gerhana annular matahari.

Rabu, Januari 21, 2009

Buat Ayahanda Tersayang..


Dulu...
dengan mata anak kecil ini..
aku melihat abah..
begitu setia melempiaskan cahaya
buat penyuluh di hari mukaku..
begitu gigih menukang rumah kemanusiaan
buat pedoman akhlakku..
begitu tabah memperkukuhkan tiang keimanan dengan baji kebenaran hakiki
buat pegangan hidupku..


Hari ini..
dengan mata dewasa ini..
aku masih melihat abah..
tetap setia melempiaskan cahaya..
kekal gigih menukang rumah kemanusiaan..
masih tabah memperkukuhkan tiang keimanan..
suaramu masih membangkitkan semangatku..
tetap terngiang-ngiang di telingaku sehingga kini...
mengajarku erti kasih..
mendidikku erti pengorbanan..
setulus ikhlas budimu..
akan ku kenang hingga akhir hayatku..
terima kasih abah..

Selamat Ulang Tahun Kelahiran abah..

thanks for everything..



Ikhlas dari anakmu,
ron itazzi
pink_rose

Khamis, Januari 15, 2009

..maWARdiah..

Dipetik dari buku- Jangan Bersedih: Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia oleh Dr 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni.

Mawar Pertama...

Ingatlah, bahawa sesungguhnya Tuhanmu Maha Mengampuni org yg beristigfar, Maha Pemberi taubat atas siapa yang bertaubat, dan menerima org yg kembali kepadaNya.


Mawar Kedua...

Kasihani org-org yg lemah, nescaya anda akan bahagia. Berilah org-org yg memerlukan pertolongan nescaya anda akan berasa puas. Rendamlah emosi anda, nescaya anda akan selamat.


Mawar Ketiga...

Optimislah, kerana sesungguhnya Allah bersamamu, para malaikat memohon ampun untukmu, dan syurga telah menunggumu.


Mawar Keempat...

Hapuslah air matamu dengan berprasangka baik kepadaNya. Buanglah segala penderitaan dan kesedihan dengan mengingati segala nikmat Allah kepadamu.


Mawar Kelima...

Jangan anda mengira bahawa dunia diciptakan untuk melayani seseorg secara lengkap,kerana pada hakikatnya tiada seorng pun di muka bumi ini yg akan mendapatkan semua yg diinginkannya dan terbebas dari segala mcm kekeruhan.


Mawar Keenam...

Jadilah seperti pohon kurma; tinggi cita-citanya, kebal dari penyakit, dan bila dilempar batu, ia membalas dgn buah kurmanya.


Mawar Ketujuh...

Pernahkah kau mendengar bahawa sesungguhnya kesedihan itu dapat mengembalikan kenangan di masa lalu, dan sesunggunhnya kegelisahan itu dapat membenarkan kesalahan. Maka dari itu, mengapa kau harus bersedih dan merasa gelisah?


Mawar Kelapan...

Jangan anda menunggu datangnya bencana dan fitnah, tetapi tunggulah kedatangan keamanan, kedamaian dan kesihatan, insyaAllah.


Mawar Kesembilan...

Padamkan api kedengkian di dadamu dengan memaafkan semua yang pernah berbuat salah kepadamu.


Mawar Kesepuluh...

Mandi, berwuduk, memakai wewangian dan bersiwak dgn teratur, merupakan ubat mujarab untuk mengatasi kepenatan dan kesempitan.